• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia EV9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM368k

Kia EV9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM368k

June 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal kenderaan Kia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Kia EV9, sekaligus menjadi kenderaan bateri elektrik (BEV) kedua di Malaysia.

SUV yang diperkenalkan pada 2023 itu menampilkan rekabentuk berkotak unik dan pernah meraih anugerah berprestij seperti Kereta Terbaik Dunia (WCOTY) 2024 dan Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (WEV) 2024.

Berikut hargaKia EV9 mengikut varian:

  • Kia EV9 GT-Line (AWD) 7-kerusi - RM368,888
  • Kia EV9 GT-Line (AWD) 6-kerusi - RM373,888

Apa Menarik Tentang KIA EV9?

  • Menggunakan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) Kia, pertama untuk model Kia dengan teknologi bateri generasi ke-4 yang memberikan ketumpatan tenaga lebih baik.
  • Hadir dalam lima pilihan warna: Ocean Blue (biru), Snow White Pearl (putih), Pebble Gray (kelabu), Aurora Black Pearl (hitam), dan Iceberg Green (hijau).
  • Dijana kuasa bateri 99.8 kwh dengan dwi motor elektrik yang menggerakkan gandar depan dan belakang.
  • Konfigurasi pacuan semua roda (AWD) dengan jarak perjalanan 505km sekali cas yang menghasilkan output kuasa 380hp dan tork 700Nm untuk pengalaman pemanduan berprestasi.
  • Ada Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) untuk mengecas kenderaan atau perkakasan elektrik lain menggunakan alatan kenderaan ke muatan (V2L) berkuasa 3.6kwh.
  • Hadir dengan waranti kilang lima tahun dan had perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu).
  • Ada perlindungan waranti bateri lapan tahun dan 160,000km (mana satu tiba dulu).

Spesifikasi Luaran

  • Memiliki dimensi panjang 5,010mm, lebar 1,980mm, dan tinggi 1,755mm, manakala jarak roda 3,100mm.
  •  Rim aloi 21 inci
  • Rekabentuk depan menampilkan gril Digital Pattern Lighting Grill dengan lampu utama vertikal dengan elemen muka harimau Digital Tiger Face dan lampu siang (DRL) LED Star Map.
  • Rekabentuk sisi memilih gaya poligon dan bersegi dengan hendal pintu rata (flush)
  • Rekabentuk belakang pula tampil minimalis tanpa garis agresif atau bar krom horizontal sepanjang pintu but dengan rekaan lampu belakang langsing

Spesifikasi Dalaman

  • Ini model tiga baris tempat duduk pertama Kia yang dibina berasaskan platform E-GMP.
  • Ruang kabin mengetengahkan falsafah rekabentuk 'Opposites United' bertemakan 'Technology for Life'.
  • Rekaan papan pemuka rapi dilengkapi unit infotaimen skrin sentuh 12.3 inci dan paparan segmen 5 inci, serta konektiviti Apple Carplay dan Android Auto.
  • Barisan kerusi depan disediakan pengecas pantas wayarles dan port USB Type-C, manakala baris tempat duduk kedua dan ketiga juga ada pengecas USB Type-C.
  • Konsol tengah menawarkan praktikaliti dengan bahagian bawah disediakan ruang luas untuk simpanan barang
  • Juga dilengkapi sistem bunyi keliling 14-pembesar suara Meridian.

Ciri Keselamatan

Dilengkapi ciri keselamatan serba lengkap seperti:

  • 10 beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Traksi (TCS)
  • Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC)
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Bantuan Keluar Selamat (SEA)
  • Amaran Penumpang Belakang(ROA)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Parkir (PCA)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Monitor Paparan Titik Buta (BVM)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA2)
  • Belok Simpang (Junction Turning, JT)
  • Lintas Simpang (Junction Crossing, JX)
  • Kenderaan Depan Tukar Lorong (Lane-Change Oncoming, LCO)
  • Kenderaan Depan Datang Terus (Direct Oncoming, DO)
  • Sisi Tukar Lorong (Lane-Change Side, LCS)
  • Bantuan Stereng Pemanduan (DSA)
  • Bantuan Stereng Elak Auto (Auto Evasive Steering Assist, ESA)
  • Bantuan Susur Lorong (Lane Following Assist, LFA2)
  • Kawalan Jelajah Pintar (Smart Cruise Control, SCC)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kia EV9, Roda4, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my