• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Saga Diserang Sawan Terbabas dalam Lobi Jabatan X-Ray HPSF

Pemandu Saga Diserang Sawan Terbabas dalam Lobi Jabatan X-Ray HPSF

June 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang memandu kereta Proton Saga diserang sawan hingga hilang kawalan dan terbabas masuk ke pekarangan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik (x-ray) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata;

Pemandu berusia 30 tahun dan penumpang lelaki berusia 28 tahun adalah pekerja syarikat pembekalan alatan perubatan ortopedik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menghantar bekalan ke HPSF."

"Sebaik tiba dalam kawasan HPSF, pemandunya dipercayai diserang sawan menyebabkan hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang tembok batu di hadapan jabatan X-ray terbabit."

Insiden berlaku jam 10 malam itu turut disaksikan beberapa petugas hospital, termasuk seorang saksi, Aida Ismail, 27, yang asalnya menganggap kereta mangsa mahu menurunkan penumpang di lobi hospital.

Sejurus selepas insiden, ramai kakitangan hospital segera menghulurkan bantuan kepada kedua-dua mangsa.

Pemandu yang tidak sedarkan diri dirawat di zon merah, manakala penumpang mengalami kecederaan dan dimasukkan ke zon kuning. Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Jabatan Pengimejan dan Diagnostik (x-ray), Pemandu diserang sawan terbabas masuk lobi hospital, Pemandu Saga Kena Sawan, Pronton Saga 1.3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my