KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) menyatakan tiada sebarang keretakan berlaku di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Jalan Cheras.
Kerajaan juga mengambil inisiatif memasang alat pengesan keretakan bagi memastikan struktur binaan benar-benar selamat. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata;
Memang kita puas hati, laporan pakar memang tiada masalah di struktur itu, saya pun dah lihat sendiri, keretakan yang didakwa itu tidak ada dan jalan selamat digunakan."
"Cuma dengan pemasangan alat ini, kita akan terus pantau bersama LLM (Lembaga Lebuhraya Malaysia) dalam beberapa minggu ini kalau ada kesan sebarang pergerakan atau betul-betul terjadi keretakan supaya kita boleh tahu dan ada amaran awal.”
Sebelum ini, tular di platform X mengenai dua gambar (lihat foto atas) yang menunjukkan kesan garisan hitam di bahagian jejambat hingga menimbulkan kebimbangan ramai pengguna lebuh raya itu.
Eh flyover ni makin besar crack ke?
Member tadi tengok.
Dekat Jalan Cheras.Gambr First April 2024
Gambr Second June 2024https://t.co/jBfFZEmze9Kredit: Abdul Rahman A Samad pic.twitter.com/Rz1yOPuKw3
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 7, 2024
Ciapan tersebut mendapat reaksi Nanta yang kemudian mengarahkan LLM dan syarikat konsesi SPE menjalankan pemeriksaan serta penilaian secara lebih terperinci.
Kekecohan isu ‘keretakan’ yang didakwa berlaku di tiang jejambat Lebuhraya Setiawangsa – Pantai (SPE) di Jalan Cheras, Kuala Lumpur, memang meresahkan pengguna jalan raya.
Dari Kapit, saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur bagi melihat sendiri keadaan yang telah ditularkan.… pic.twitter.com/53g8LXu1n5
— Alexander Nanta Linggi (@AlexNantaLinggi) June 9, 2024
Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang keretakan dan ia hanya garisan hitam iaitu sendi pembinaan semasa kerja konkrit yang dibuat dahulu.
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU TULAR 'KERETAKAN STRUKTUR' DI LEBUHRAYA SETIAWANGSA PANTAI (SPE) OLEH @spehighway pic.twitter.com/xtgDOZfQW2
— LLM (@LLMrasmi) June 9, 2024
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply