• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Axia Kena Hentam Sebab Perlahan ketika Lampu Isyarat Kuning, Netizen Bertekak Siapa Salah

Axia Kena Hentam Sebab Perlahan ketika Lampu Isyarat Kuning, Netizen Bertekak Siapa Salah

June 7, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


AKIBAT terburu mengejar lampu isyarat bertukar kuning kepada merah, sebuah trak pikap dilaporkan merempuh belakang sebuah Perodua Axia kuning.

Dalam rakaman video tular di TikTok, kemalangan berlaku ketika lampu isyarat kuning yang mana pemandu Axia berhenti beberapa meter dari garisan sebaik saja lampu bertukar merah.

Tindakan itu menyebabkan Axia tersebut dihentam dari belakang hingga meluncur jauh melepasi lampu isyarat di depan.

Rempuhan itu menyebabkan bahagian belakang Axia berkenaan remuk dan cermin belakang pecah.

Trak pikap itu dilaporkan tidak sempat membrek ketika Axia kuning itu dipandu perlahan sebelum berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat AEON Alpha Angle, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

@red_aslan Drive safe gais. Tengok lampu isyarat tu. kan dah terhentam kereta orang. haih.. kesian kat akak tu, nak pergi kerja. #malaysia #malaysiatiktok #drivesafe #grabdriver #dashcammalaysia #dashcam #accident ♬ Pemandu Berhemah - Tiggie & Friends

Video dengan 1.5 juta jumlah tontonan itu mencetuskan perdebatan netizen.

Ada mendakwa pemandu Axia bersalah dan berhenti sepatutnya berhenti kerana lampu isyarat masih belum bertukar merah.

Tetapi ada juga netizen tidak bersetuju dan berpendapat pemandu Axia tidak salah kerana mengikut undang-undang, tindakannya adalah betul.

Sebaliknya, pemandu trak pikap yang sepatutnya berhati-hati kerana lampu isyarat kuning berkelip-kelip.

Ada juga hairan dengan netizen yang menyalahkan pemandu Axia sebagai punca kemalangan sedangkan keretanya yang dilanggar dari belakang.

SUMBER: Tiktok @ Red_Aslan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 4x4, Auto Terkini, Axia tersondol, Berhenti Lampu Isyarat, Wangsa Maju

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev