MODENAS turut mengeksport jenama motosikal Bajaj dan Kawasaki yang dipasang di kilang mereka (CKD) di Gurun, Kedah ke pasaran asing.
Model yang dieksport itu mengekalkan lencana asal pengeluar masing-masing iaitu Bajaj untuk Thailand dan Kawasaki di negara-negara Timur Tengah. Berikut ialah butirannya:
BAJAJ
- Modenas memasang model Bajaj dan mengeksport lima model jenama itu ke Thailand.
- Lima model itu ialah Pulsar NS200, Pulsar RS200, Pulsar NS160, Dominar D250 dan Dominar D400.
- Aktiviti eksport bermula pada Ogos 2020 dan sehingga 31 April 2023, jumlah kiriman ke Thailand ialah 1,795 unit.
KAWASAKI
- Sejak ikatan rasmi Kawasaki-Modenas diumumkan pada 1 Oktober 2021, Modenas turut memasang lima model Kawasaki berkapasiti 250cc di kilang mereka di Gurun, Kedah untuk tujuan eksport ke pasaran Timur Tengah.
- Lima model pemasangan tempatan (CKD) itu ialah Z250, Ninja 250, ZX-25RR, Versys X 250 dan ZX-25R yang menggunakan lencana Kawasaki.
- Selain lima model CKD, Modenas juga mengeksport motosikal off-road Kawasaki KX250 versi CBU (import dari Jepun) ke Timur Tengah.
- Jumlah Eksport
- Tahun 2023: 604 unit
- Tahun 2024: 600 unit (setakat 31 Mei 2024)
Seperti anda tahu, Modenas juga sudah meneroka satu lagi pasaran eksport baharu iaitu China dengan model supersport Ninja ZX-6R yang dihasilkan di Gurun.
Leave a Reply