• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Lelaki Bawa Lari City di Kuantan, Tidur Tiga Jam Selepas Ceroboh Rumah

Polis Tahan Lelaki Bawa Lari City di Kuantan, Tidur Tiga Jam Selepas Ceroboh Rumah

June 6, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki yang melarikan sebuah Honda City 1.5L V dari stesen minyak di Kuantan dalam satu video tular di media sosial, baru-baru ini diberkas polis selepas dilaporkan menceroboh sebuah rumah dan tertidur tiga jam di Kampung Chinta Manis, Karak, Pahang

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahya Othman berkata, suspek lelaki tempatan berusia 40 tahun itu memecah masuk sebuah rumah dihuni sepasang suami isteri dan tiga anak sebelum bertindak mengurung mereka dalam sebuah bilik pada jam 10 malam, semalam.

Lelaki terbabit kemudian tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis. Dengan penahanan ini, kes tular yang berlaku pada 3 Jun lalu dapat diselesaikan."

Honda City tinggal di pekan Karak, suspek ceroboh rumah orang

BENTONG – Suspek yang mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan kelmarin sempat tidur selama kira-kira dua jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis sebelum ditahan pihak polis pic.twitter.com/4dspxe9i58

— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 5, 2024

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai enam rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah."

"Polis juga sedang menyiasat lanjut mengapa suspek menukar nombor plat kereta dan kemudian meninggalkan kereta di pasar awam Karak. Kereta itu tidak rosak, cuma terdapat kesan calar pada beberapa bahagian selepas tampalan poster dikikis suspek bagi mengelak dikesan.

Sementara itu, polis turut merampas sejumlah barang daripada lelaki itu. Berikut barangan dirampas:

  • Jam tangan Lashida.
  • Jam tangan Bonia.
  • Dua gunting.
  • Dua pisau lipat.
  • Sarung kepala.

Suspek kini direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda City 1.5L V, Kampung Chinta Manis, Kes curi kereta di stesen minyak Kuantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev