REDLINE Fitness Games yang dinaungi Nissan bekerjasama dengan Rakan Muda menganjurkan inisiatif bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengajak rakyat Malaysia ke arah gaya hidup sihat dan lebih aktif sempena Hari Belia Negara 2024.
Dalam majlis pelancaran itu, Redline dan Rakan Muda memperkenalkan beberapa siri pertandingan kecergasan interaktif dan sesi motivasi yang dipimpin pakar terkemuka.
Pengarah acara Redline, Callum Meehan berkata;
Penglibatan mereka amat penting dalam memperkaya program kami, ini membolehkan kami berhubung lebih baik dan memberi inspirasi kepada golongan belia Malaysia.
"Ini juga mencerminkan dedikasi bersama kami untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan dalam kalangan belia bagi pembinaan komuniti yang kuat dan aktif."
Bagi meningkatkan lagi penyertaan dalam acara ini, Nissan turut mengumumkan hadiah utama, iaitu sebuah trak pikap, Nissan Navara kepada seorang peserta bertuah Julai depan.
Pengurus Besar Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tiffany Tan berkata;
Di Nissan, kami memberi komitmen untuk menyediakan lebih daripada sekadar pengangkutan. Kami berdedikasi untuk mencipta pengalaman perjalanan mengesankan, bukan hanya menggerakkan anda dari satu tempat ke tempat lain.
"Komitmen ini nyata melalui penyertaan kami dalam Hari Belia Negara bersama Redline. Acara ini selaras prinsip kami di Nissan, dan kami harap dapat mengajak golongan belia untuk melampaui batasan diri dan menemui keseronokan baharu.”
Redline Fitness Games juga bakal menjadi pertandingan kecergasan terbesar di Asean dengan menyediakan peluang menarik kepada peserta serantau.
Pendaftaran dan maklumat lanjut sila layari https://redlinefitnessgames.com/
Leave a Reply