• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Maut Langgar Myvi Masuk Simpang, Rakan Parah

Penunggang Maut Langgar Myvi Masuk Simpang, Rakan Parah

June 5, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pekerja kilang kaca maut, manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tun Razak-Simpang Taman Ayer Keroh Height, Melaka, malam semalam.

Insiden berlaku jam 10.30 malam membabitkan mangsa, Muhibbuddin Fitri Farid, 19, yang meninggal dunia kerana parah di kepala, manakala rakan mangsa, Nor Natasha Mohd Faizul, 17, parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dari arah Bandaraya Melaka menghala ke Ayer Keroh.

Di lokasi kejadian, sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki warga emas dari arah bertentangan membelok ke kanan simpang untuk masuk ke Taman Ayer Keroh Heights.

Mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kiri kereta sebelum kedua-dua mangsa tercampak atas jalan raya.

“Kesan pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya menerima rawatan di Zon Merah Hospital Melaka.

“Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan."

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Tun Razak-Simpang Taman Ayer Keroh Height, kemalangan jalan raya, Melaka, Melaka Tengah, Seksyen.41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Zon Merah Hospital Melaka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev