• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nak Susun Semula Kiraan Cukai Jalan Kereta ICE? Ini Jawapan Menteri…

Nak Susun Semula Kiraan Cukai Jalan Kereta ICE? Ini Jawapan Menteri…

June 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGUMUMAN kadar cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk kenderaan elektrik (EV) yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Lok Siew Fook menjadi topik perbincangan hangat khususnya kalangan pemilik kenderaan petrol dan diesel.

Ada beberapa netizen bertanyakan tentang apa pula pendekatan dilakukan Kerajaan dan Kementerian Pengangkutan untuk pengguna dan pemilik kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sebenarnya, persoalan tentang ICE ada diutarakan kepada Loke pada sidang media tengah hari tadi yang menyentuh tentang kadar bayaran cukai jalan ICE. Berikut soalan diajukan dan jawapan beliau:

Soalan: Ada rancangan susun semula cukai jalan ICE?

Loke;

Tiada. Kerana kami sedang menggalakkan penerimaan dan penggunaan EV (kenderaan elektrik). Saya merasakan kadar cukai jalan ICE semasa adalah sudah cukup rendah.

"Ia sudah mampu dimiliki dan kami mahu jadikan EV lebih mampu milik dan menarik. Sebab itu kami fokus kepada pengurangan (kadar fi) cukai jalan EV."

Soalan: Komen YB tentang cukai jalan ICE berasaskan CO2?

Loke;

Ini sebabnya kita kata yang pertamanya kita nak menggalakkan (peralihan) ke arah EV. Dan kami hasilkan struktur cukai jalan ini (EV).

"Untuk kenderaan ICE sedia ada, sudah tentu buat masa ini kami tidak mengambil apa-apa tindakan tentang perubahan berhubung cukai jalan kerana kebanyakan pengguna dan rakyat kita menggunakan kenderaan ICE.

"Sekiranya kita nak meningkatkan kadar (cukai jalan ICE), mungkin itu akan menjejaskan… menjadi kos kepada mereka. Setakat ini, kita belum mengamalkan pendekatan itu.

"Kalau kita nak melihat perubahan lain... umpamanya menggunakan (kiraan) kadar CO2 (emisi), sudah tentu kadar (bayaran cukai jalan) adalah lebih tinggi. Jika ia lebih tinggi (mahal), bebannya ditanggung orang awam. Ditambah pula dengan rasionalisasi subsidi dan lain-lain.

"So, we are not looking into that (tidak melihat pendekatan CO2). What we’re looking at is to encourage the adoption of EV (apa yang kami lakukan adalah menggalakkan penerimaan EV).

“That’s why we are lowering down the roadtax for EV (sebab itu kami turunkan harga untuk cukai jalan EV)."

Related

30
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, cukai jalan EV 2026, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my