• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri Minta Pengeluar, Pengilang Automotif Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran EV

Menteri Minta Pengeluar, Pengilang Automotif Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran EV

June 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA tetap komited menyokong pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) meskipun sambutan terhadap kenderaan sifar emisi itu masih rendah jika dibandingkan dengan kenderaan berasaskan sumber petroleum (petrol dan diesel).

Melihat statistik jumlah pendaftaran EV pada tahun lalu, perlu diakui segmen tersebut perlu lebih banyak sokongan dan insentif untuk terus berkembang. Atau tunggu sahaja Perodua dan Proton melancarkan EV mampu milik masing-masing menjelang 2025.

perodua EV
perodua EV 1

Sebenarnya, Kerajaan sudah melakukan banyak usaha untuk membantu segmen EV, antaranya insentif pengecualian Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kadar fi cukai jalan EV yang akan dikenakan bermula 1 Januari 2026.

Loke menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan ramai pembeli berasa ragu-ragu membeli kenderaan EV ialah persepsi harga cukai jalan EV yang lebih tinggi perlu dibayar selepas tamat tempoh pengecualian cukai jalan EV pada 31 Disember 2025.

Kebimbangan bakal pelanggan dan pemilik EV diredakan Loke dengan menyatakan:

Dengan pengumuman ini (kadar cukai jalan EV), mereka diberi jaminan bahawa cukai jalan adalah amat mampu milik dan ini cara kami galakkan orang Malaysia menerima dan menggunakan EV."

Pada masa sama, Loke juga menyampaikan mesej khas kepada pengeluar dan pengilang automotif agar melihat Malaysia sebagai destinasi hab berpotensi. Ini pesanan beliau:

Kerajaan memang menggalakkan adoption (peralihan dan penerimaan) kenderaan elektrik (EV) dan pengumuman hari ini (cukai jalan EV) membuktikan bahawa Kerajaan mengamalkan satu pendekatan untuk kita adopt (terima) EV.

"Semua kementerian dan jabatan terlibat ada dasar, pendekatan dan inisiatif untuk menggalakkan serta menyokong pertumbuhan industri EV.

"Pengumuman hari ini (kadar cukai jalan EV) adalah satu mesej dan signal amat penting kepada pengeluar dan pengilang kenderaan EV untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pembuatan mereka.

"Ini kerana Kerajaan berkomited penuh untuk menggalakkan penerimaan EV dan kami melakukan semua yang kami mampu untuk sokong pertumbuhan EV. Ini adalah satu contoh terbaik dengan Kerajaan mengurangkan cukai jalan untuk EV."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, autoterkini, cukai jalan EV 2026, Lesen Kenderaan Motor (LKM), Perodua EV, statistik pendaftaran EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev