• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Van Bawa 12 Individu Langgar Lori Simen, Dua Cedera

Van Bawa 12 Individu Langgar Lori Simen, Dua Cedera

June 4, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter

DUA cedera dan 10 yang lain termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas van yang dinaiki melanggar sebuah lori simen di KM 331 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan, Tapah, Perak awal pagi tadi.

Kemalangan yang terjadi pada 2.59 pagi itu mengakibatkan seorang lelaki yang merupakan pemandu dan seorang wanita penumpang hadapan cedera tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, van Toyota Hiace membawa seramai empat lelaki, tujuh wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

Tambahnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tapah dan Slim River dikerahkan ke lokasi kejadian. Dua mangsa yang cedera dan tersepit berumur lingkungan 30an dapat dikeluarkan serta mereka cedera di bahagian kepala dan dada.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi rawatan lanjut. Operasi yang melibatkan 12 orang anggota tamat sepenuhnya pada jam 4.04 pagi.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, Kemalangan di Tapah, Kemalangan Lebuhraya PLUS, Tapah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev