MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) melancarkan dua lagi model Cyclone ke pasaran tempatan, iaitu adventure touring RX600 dan skuter RT2E.
Cyclone RX600 ditawarkan pada harga RM29,888, manakala RT2E pula berharga RM13,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan yang kedua-dua model baharu itu diperkenalkan pada debut kapcai cub cross Cyclone MK125 Classic di Malaysia Autoshow 2024, baru-baru ini. Berikut perincian dua model itu:
1. CYCLONE RX600
- Ada dua warna pilihan: biru dan putih.
- Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 550.4cc DOHC penyejukan cecair 8-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 58.3hp @ 8,500rpm, dan tork 55Nm @ 6,500rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan.
- Dimensi panjang 2,189mm, lebar 870, dan tinggi 1,399mm, manakala jarak roda 1,425mm dan jarak tinggi bumi 175mm.
- Tinggi pelana 790mm hingga 820mm.
- Kapasiti tangki minyak 18 liter.
- Rim jejari 19 inci dengan tayar tiubles 110/80 (depan), dan rim 17 inci dengan tayar tiubles 150/70 (belakang).
- Brek cakera tunggal depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Berat kasar 219kg.
2. CYCLONE RT2E
- Ada dua warna pilihan: hijau dan biru.
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 247cc DOHC penyejukan cecair 4-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 24hp @ 7,500rpm dan tork 24.5 @ 6,500rpm.
- Transmisi automatik.
- Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang.
- Rim aloi 12 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan tayar 130/70 (belakang).
- Dimensi panjang 2,050mm, lebar 770mm, dan tinggi 1,145mm, manakala jarak roda 1,410mm dan jarak tinggi bumi 120mm.
- Berat 162kg.
- Kapasiti tangki minyak 13 liter.
Leave a Reply