• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad Lancar, 200 Unit Saja di Pasaran Malaysia!

Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad Lancar, 200 Unit Saja di Pasaran Malaysia!

May 30, 2024 By Han Othman Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGEDAR tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan trak pikap Ford Ranger Storm Trak 2024 Edisi Terhad pada harga sebelum insurans RM181,888 (Semenanjung) dan RM188,288 (Sabah dan Sarawak).

Trak pikap ini hanya dikeluarkan eksklusif 200 unit sahaja dan pembeli boleh membuat tempahan secara atas talian di shop.sdacford.com.my.

Pengerah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhari (dua dari kanan) berkata;

Sebagai pengedar tunggal Ford di Malaysia, kami menitikberatkan keperluan pelanngan. Ford Ranger Storm Trak 2024 Edisi Terhad ialah model pertama sepertinya dalam pasaran trak pikap yang pasti menarik perhatian mereka yang mencari kenderaan dinamik untuk gaya hidup dinamik."

Model edisi terhad ini dinaik taraf daripada varian Ranger WildTrak dengan menampilkan pembaharuan dari segi gaya Skema StormTrak pada rupa luaran dan kemasan dalaman.

Luaran

Berikut penampilan luaran Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad:

  • Rim sport 20 inci Asphalt Black (hitam kusam) dengan sedikit aksen merah Race Red.
  • Gril dan bampar Skema StormTrak, lencana, dan liveri baharu.
  • Ada tiga warna pilihan, Arctic White (putih), Meteor Gray (kelabu) dan Ultimate Black (hitam)

Dalaman

  • Kemasan Skema StormTrak menerusi sulaman benang merah Race Red pada papan pemuka.
  • Kerusi sued Miko dengan logo StormTrak, dan sulaman benang merah Race Red.

Ciri

Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad tampil berbeza dan unik dengan inovasi seperti:

  • Sistem Rak Fleksibel (Flexible Rack System) - mampu menampung muatan hingga 80kg (dinamik) dan 250kg (statik).
  • Rel Bumbung Boleh Ayun Posisi (Swing-In-Place Roof Rails) - bar sport boleh digelungsur menggunakan sebelah tangan.
  • Brek Pegun Automatik (ABH)
  • Bantuan Parkir Aktif (APA) 2.0

Dua ciri akhir di atas turut terdapat pada Ranger Raptor dan Everest Titanium.

Trenkuasa

Trak pikap edisi terhadi ini dijana enjin diesel 2.0L Bi-Turbo dengan transmisi automatik 10-kelajuan dan syifter elektronik e-Shifter.

Pembeli yang membuat tempahan berpeluang mendapat jaket perintang angin (windbreaker) Ranger StormTrak yang akan diberikan ketika kenderaan diserahkan.

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Auto Terkini, Ford Ranger, Ford Ranger StormTrak 2024 Edisi Terhad, Ford Ranger StormTrak 2024 Limited Edition, Roda4, SDAC-Ford, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Trak pikap, Trak Pikap 4x4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my