• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX: Malaysia Mampu Jadi Hab Utama Bekal Cip Kuasa EV

PMX: Malaysia Mampu Jadi Hab Utama Bekal Cip Kuasa EV

May 29, 2024 By Fikri Leave a Comment

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Malaysia mampu tampil sebagai hab utama pembekalan cip kuasa kenderaan elektrik (EV) yang menjadi komponen penting dalam proses peralihan tenaga dan teknologi penyahkarbonan.

Beliau berkata, EV mengandungi lebih 3,000 cip, iaitu dua hingga lima kali lebih banyak berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Menerusi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), kita sebenarnya mempunyai pengupaya dasar dan insentif tepat untuk syarikat yang mahu mengeluarkan cip itu di Malaysia," kata Anwar.


Perdana Menteri berkata lagi, Kerajaan mensasarkan mempunyai 40 peratus campuran tenaga utama Malaysia daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2035. Ini bertujuan mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 10 juta tan setahun dan mencapai 100 peratus TBB menjelang 2050.

Kerajaan menyokong usaha bagi meneroka teknologi baharu seperti hidrogen hijau, teknologi nuklear dan penyimpanan tenaga berskala besar untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan memenuhi matlamat Perjanjian Paris 2015," katanya.

Bermula September ini, Akses Pihak Ketiga akan dibenarkan bagi industri bekalan elektrik negara yang membolehkan pihak lain membekalkan tenaga menggunakan saluran penghantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB), termasuk meningkatkan minat pelabur asing terhadap Malaysia.

SUMBER: Bernama

Related

78
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cip Kuasa EV, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, PMX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my