• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Ducati Scrambler CR24I, RR24I yang Unik Tetapi Hanya Model Konsep

Ducati Scrambler CR24I, RR24I yang Unik Tetapi Hanya Model Konsep

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUNIA modifikasi motosikal ibarat tiada sempadan. Misalnya, Honda Cub klasik pun boleh diubah suai menjadi pelbagai gaya dan rupa.

Malah, pengeluar dua roda sendiri turut tampil dengan projek masing-masing seperti dilakukan Ducati menerusi dua model konsep, iaitu CR24I dan RR24I.

1. Ducati CR24I

Melihat kepada Ducati CR24I dan jika tidak kerana mengetahui kewujudan Ducati Scrambler, memang sukar meneka model asal kerana rupanya yang langsung berbeza.

CR24I diubah menjadi gaya Café Racer dan dihasilkan sepenuhnya di Centro Stile Ducati. Rim depan 17 inci dipadan bersama tayar jalanan dan bucu hendal dipasang cermin sisi jenis clip-on.

Fairing cantik yang menganjur ke tangki mengingatkan kepada rekod lama Ducati seperti Pantah dan 750 SS yang diterjemah semula dengan membawa adunan lama dan baharu.

Pelana ditukar kepada jenis tunggal, manakala panel belakang boleh ditanggal yang sekali lagi mengingatkan kepada motosikal dahulu dengan Skema warna badan cantik!

2. Ducati RR24I

Motosikal ini pula ibarat Ducati Scrambler yang diubah suai kepada versi lebih lasak. Konsep RR24I merujuk kepada siri drama dan filem pasca bencana.

Langsung berbeza daripada CR24I, model konsep ini diserlahkan dengan gaya asas sebuah motosikal, iaitu dua roda, tangki, enjin dan hendal.

Komponen aluminium ditonjolkan dengan perincian teknikal dan fungsional dibiar terdedah. Pelindung tangki dicabut untuk dipasang frem untuk beg.

Bahagian pelana belakang pula boleh ditanggalkan untuk memuatkan rak bagasi, manakala bahagian kiri untuk tong minyak atau jerry can. Ekzos Termignoni tinggi menyerlahkan lagi gaya tracker model konsep ini.

Selain komponen terdedah, penyumbang utama gaya lasak ialah tayar dadu Pirelli Scorpion Rally yang dipadankan dengan rim 18 inci di depan dan 17 inci di belakang, manakala madgad tinggi dan pendek dipasang comel di depan.

Ducati Scrambler

Ducati Scrambler dijana enjin Desmodue dengan komponen dalaman diperbaharui seperti operasi klac lebih lancar, dan lebih kompak yang menyumbang kepada lebih ruang untuk kaki penunggang.

Jenis enjin pula dwi-silinder 803cc menghasilkan output kuasa 73hp @ 8,250rpm dan tork 65.2Nm @ 7,000rpm. Ducati Scrambler juga lebih ringan atau 4kg susut dan lebih mudah dikendali dan ditunggang.

Sistem pengurusan terotel Ride-by-Wire turut menjadikan Scrambler lebih seronok dengan respons enjin lebih spontan selain progresif pada setiap julat halaju dan darjah bukaan terotel.

Sistem itu juga membolehkan penggunaan Kawalan Traksi Ducati (DTC) yang mana penunggang boleh menikmati dua Mod Tunggang, manakala ciri ABS Belokan dijadikan ciri standard untuk tunggangan lebih selamat.

Ducati Scrambler RR24I
Ducati Scrambler RR24I 2024.01
Ducati Scrambler RR24I 2024.02
Ducati Scrambler RR24I 2024.03
Ducati Scrambler RR24I 2024.04
Ducati Scrambler RR24I 2024.05
Ducati Scrambler RR24I 2024.06
Ducati Scrambler RR24I 2024.07
Ducati Scrambler RR24I 2024.08
Ducati Scrambler RR24I 2024.09
Ducati Scrambler CR24I
Ducati Scrambler CR24I 2024.01
Ducati Scrambler CR24I 2024.02
Ducati Scrambler CR24I 2024.03
Ducati Scrambler CR24I 2024.04
Ducati Scrambler CR24I 2024.05
Ducati Scrambler CR24I 2024.06
Ducati Scrambler CR24I 2024.07
Ducati Scrambler CR24I dan RR24I:

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Bikn Auto, Ducati, Ducati Scrambler, Ducati Scrambler CR24I, Ducati Scrambler RR24I, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev