PENGGEMAR wagon tidak perlu risaukan mengenai tawaran kerana pengeluar automotif masih berminat mengeluarkan model segmen itu.
Misalnya, BMW 5 Series Touring baharu (G61) 2024 yang hadir menawan, dan bukan setakat wagon, tetapi juga ditawarkan dalam pelbagai trenkuasa seperti petrol, diesel dan elektrik.
Sebagai model terkini, enjin pembakaran dalaman (ICE) dipadankan bersama komponen elektrik sebagai hibrid plug-in (PHEV) atau sistem 48V (diesel).
Dari segi dimensi, G61 lebih besar berbanding model sebelumnya dengan panjang 5,060mm (+97mm), lebar 1,900mm (+32mm) dan tinggi 1,515mm (+17mm).
Jarak roda G61 paling panjang dalam segmen, iaitu 2,995mm (+20mm), manakala muatan barang di but mempunyai kapasiti 570 liter dan boleh diperluas kepada 1,700 liter melalui lipatan kerusi. Bagi pasaran Britain, BMW 5 Series Touring ditawarkan dalam empat varian utama, iaitu:
- Sport Edition
- M Sport
- M Sport Pro
- BMW i5 M60 (varian premium)
i. 5 Series Sport Edition
- Varian aras mula (termasuk sedan 5 Series).
- Juga menjadi varian aras mula kepada model elektrik (EV) i5.
- Stereng dua rongga Veganza.
- Bar Interaksi (skrin papan pemuka).
- Sistem bunyi premium Harman Kardon.
- Rim aloi 19 inci.
- Pengecasan AC 22kW Professional Charging (BMW i5 eDrive40 Sport).
ii. 5 Series M Sport, M Sport Pro dan i5 M60
- Model EV dan PHEV.
- Rim aloi 19 inci (standard) hingga 21 inci (pilihan).
- Balutan kerusi Veganza.
- Lencana M, cermin sisi hitam kilat.
- Spoiler belakang M, frem Shadowline M hitam kilat, gril BMW Kidney Grille dengan Iconic Glow (nyalaan gril) - M Sport Pro.
- Rim aloi 20 inci M, kaliper brek M Sport warna merah kilat (M Sport Pro).
- Sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins dengan 18 pembesar suara (i5 M60 xDrive Touring), juga pilihan untuk varian lain.
- Rim aerodinamik M 20 inci, suspensi adaptif (i5 M60 xDrive Touring).
VARIAN 5 SERIES TOURING ELEKTRIK
Model EV 5 Series baharu, sama ada Saloon atau Touring nampak menarik kerana berkongsi rekabentuk dengan model ICE. Model EV tidak nampak seperti EV dengan rekaan streamliner atau komponen unik. BMW UK menawarkan dua varian model EV i5:
i. BMW i5 M60 xDrive Touring
- Pacuan semua roda (AWD) dengan motor depan dan belakang.
- Output kuasa 601hp.
- Tork meningkat kepada 820Nm melalui fungsi kawalan luncur M Launch Control atau M Sport Boost.
- Pecutan 0-100kmj dalam masa 3.9 saat.
- Kelajuan dihadkan 230kmj.
- Jarak pemanduan 446km hingga 505km, mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP)
ii. BMW i5 eDrive40 Touring
- Motor tunggal di belakang.
- Output kuasa 340hp.
- Tork 430Nm melalui fungsi Sport Boost atau Kawalan Luncur.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat.
- Jarak pemanduan 482km hingga 561km (WLTP)
Kedua-dua varian menyimpan bateri voltan tinggi di bawah badan dengan kapasiti 81.2kWj. Kuasa pengecasan AC 22kW dan turut ditawarkan buat varian lain. Kuasa pengecasan DC 205kW.
PENGENDALIAN
Dibekalkan jarak roda panjang, kelebaran trek dan keseimbangan yang hampir kepada nisbah 50:50, binaan ringan dan ketegaran, wagon ini mempunyai keseimbangan ideal antara sporty dan keselesaan.
Wagon ini juga mempunyai stereng sport dan had kawalan gelinciran kawalan langsung serta sistem brek bersepadu versi terbaharu sebagai ciri standard.
BMW i5 Touring dan model PHEV menggunakan suspensi belakang udara boleh laras automatik (self-levelling).
Komponen lain seperti Suspensi M Sport, sistem brek M Sport dan casis adaptif Adaptive M Chassis Professional adalah standard untuk i5 M60 xDrive Touring menerusi apsorber kawalan elektronik, Stereng Aktif Bersepadu (IAS) dengan belokan roda belakang dan Sistem Pengurusan Dinamik (DMS) ditawarkan sebagai pilihan.
Adaptive M Chassis Professional dengan Stabiliser Oleng Aktif (Active Roll Stabilizer, ARS) dan Keselesaan Oleng Aktif (Active Roll Comfort, ARC) juga ditawarkan sebagai pilihan untuk model teratas.
MODEL, HARGA BMW 5 SERIES TOURING (UK 2024)
i. BMW i5 eDrive40
Kuasa 340hp, tork 400Nm
- Pecutan 0-100kmj: 6.1 saat
- Kelajuan maksimum: 193kmj
- Jarak pemanduan elektrik: 483-560kmj (WLTP)
- Harga: £69,945 (RM419,100)
ii. BMW i5 M60
- Kuasa 601hp, tork 795Nm
- Pecutan 0-100kmj: 3.9 saat
- Kelajuan maksimum: 230kmj
- Jarak pemanduan elektrik: 446-505 kmj (WLTP)
- Harga: £99,995 (RM599,090)
iii. BMW 530e (2.0 turbo PHEV)
- Kuasa 299hp, tork 450Nm
- Pecutan 0-100 kmj: 6.4 saat
- Kelajuan maksimum: 220kmj
- Jarak pemanduan elektrik: 84-97km (WLTP)
- Harga: 59,455 (RM356,210)
Leave a Reply