RAMAI pengguna terpaksa mengorbankan banyak masa berharga dalam urusan pembelian motosikal. Ini termasuk membuat tinjauan harga dari kedai ke kedai di beberapa lokasi untuk mencari tawaran terbaik atau harga paling rendah.
Tidak berhenti di situ, pembeli juga mengemukakan permohonan, termasuk mengisi borang dan menyerahkan dokumen untuk urusan permohonan pembiayaan pembelian.
Selain itu, mereka juga perlu menunggu untuk mengetahui status permohonan sama ada diterima atau sebaliknya. Bagaimanapun, anda kini boleh menjimatkan masa dan mengelakkan banyak urusan rumit jika menggunakan laman motorloan.my.
Platform disediakan syarikat SHENMA Credit itu memudahkan pengguna bermula dari proses memilih model motosikal, mempercepat proses permohonan pembiayaan dan mengetahui status kelayakan di hujung jari.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SHENMA Credit, Joseph Chong berkata;
Kami bermula pada awal 2021 dan menawarkan pembiayaan pembelian motosikal mengikut prinsip syariah iaitu AITAB (Al Ijarah Thumma Al Bai).
"Bermula 2024, kami melancarkan e-platform dipanggil Motorloan.my. e-Platform ialah cara baharu yang merevolusi cara pembelian motosikal dan skuter.
"Pengguna boleh berkunjung ke Motorloan.my untuk memilih model motosikal yang mereka inginkan dan membuat permohonan pembiayaan pembelian secara atas talian.
"Prosesnya sangat mudah iaitu cuma pilih model diminati, pengedar yang berdekatan, mendaftar sebagai pengguna (laman Motorloan.my) untuk mengisi borang dan memuat naik dokumen diperlukan.
"Dokumen diperlukan cuma salinan kad pengenalan dan salinan slip gaji terkini. Slip gaji cuma sebulan untuk mereka yang bergaji tetap.
"Kalau berasaskan komisen jualan atau pendapatan kerja lebihan masa (OT) tinggi, mereka perlu kemukakan slip tiga bulan untuk kiraan purata gaji. Ini untuk membantu proses penentuan jumlah pembiayaan yang layak."
Joesph berkata, seramai 20,000 individu sudah menjadi pelanggan dan pemilik motosikal pelbagai jenama di bawah MForce Bike sejak plaftorm itu diperkenalkan awal tahun ini.
KEPUTUSAN PEMBIAYAAN DALAM TEMPOH SEJAM
Selepas melengkapkan pendaftaran dan membuat permohonan pembiayaan pembelian motosikal atau skuter, pelanggan akan menerima status pengesahan kelayakan dalam tempoh purata 30 minit sehingga satu jam.
Joseph menjelaskan pihaknya menggunakan beberapa elemen untuk memastikan seseorang pemohon layak untuk memperolah pembiayaan pembelian motosikal atau skuter. Antara semakan dibuat termasuk Laporan Biro Kredit (Credit Bureau Report), skor kredit untuk penilaian pelanggan serta pendapatan dan komitmen pelanggan.
Beliau berkata lagi;
Sebagai pemberi kredit bertanggungjawab, kami tidak mahu pelanggan terbeban dengan bayaran ansuran tinggi atau sebagainya. Kami perlu menjaga kepentingan kewangan pelanggan. Semua keputusan dan status permohonan pembiayaan akan dipaparkan menerusi laman web sama.
"Jika permohonan diluluskan, pelanggan akan menerima Surat Kelulusan Bersyarat (conditional approval) dan pemohon perlu melengkapkan proses e-KYC.
"Selepas siap e-KYC, pengedar yang dipilih pelanggan akan dimaklumkan dan pelanggan boleh terus ke cawangan terbabit untuk selesaikan urusan berkaitan seperti bayaran deposit atau berbincang dengan pengedar."
PELBAGAI MODEL MOTOSIKAL, SKUTER, EV
Portal Motorloan.my memaparkan 10 kategori motosikal, termasuk motosikal elektrik daripada 14 jenama. Bagi motosikal dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), model disediakan bermula dari kapasiti 150cc hingga 1 liter (1,000cc).
Malah beberapa model motosikal yang baru dilancarkan di pameran Malaysia Autoshow 2024 hujung minggu lalu sudah tersenarai dalam laman Motorloan.my seperti QJMotor Fortress 350, Moto Morini Seiemmezzo, Benda Napoleon Bob dan Dark Flag hingga supermoped Voge FR150 Formica Rossa.
e-Platform itu juga memaparkan promosi semasa model terpilih termasuk bayaran ansuran bulanan secara jelas. Pelanggan berdaftar juga boleh melihat semua aspek pembiayaan motosikal mereka seperti baki pinjaman dan tempoh ansuran.
Setiap model motosikal atau skuter yang dipamerkan disertakan sekali dengan perincian spesifikasi dan peta Google Maps lokasi rangkaian pengedar berhampiran.
Joseph menjelaskan, pihaknya ada hampir 300 pengedar seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak yang turut tersenarai dalam e-platform tersebut untuk dipilih pelanggan.
Buat masa ini, model disenarai untuk pembiayaan adalah semua jenama motosikal bawah MForce Bike. SHENMA juga ada rancangan menambah jenama popular lain pada masa akan datang.
Leave a Reply