CFMOTO Malaysia memperkenalkan dua motosikal adventure touring, iaitu 450MT dan 450MT-X ke pasaran tempatan yang hanya dibezakan kotak barang.
Sebelum ini, hanya dua model ditawarkan dalam segmen adventure touring, iaitu 650MT dan 800MT Touring. Pelancaran siri touring kelas middleweight itu berlangsung di pameran Malaysia Autoshow 2024.
Varian 450MT-X sama seperti 450MT, cumai dilengkapi tiga unit kotak barang (satu kotak atas, dua lagi sisi). Berikut model tersebut:
- Harga 450MT ialah RM28,888, manakala 450MT-X, berharga RM30,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
- Enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 270º 449.5cc DOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa 44hp @ 8,500rpm dan tork 44Nm @ 6,250rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac sliper.
- Panel meter TFT berwarna 5-inci dengan aplikasi CFMOTO Ride.
- Ada soket USB Type-A dan Type-C.
- Sistem lampu LED penuh pada lampu depan, signal belok dan lampu brek.
- Frem keluli tubular dengan swingarm aluminium.
- Fork terbalik (USD) KYB 41mm boleh laras redaman dan mampatan dengan jarak travel 200mm (depan), dan monoshock KYB boleh laras mampatan dan redaman dengan jarak travel 200mm (belakang).
- Rim jejari 21 inci dengan tayar tiubles CST 90/90 (depan),, danrim 18 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
- Ada ciri Kawalan Traksi dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Bosch. Sistem ABS roda belakang boleh dinyah aktif.
- Dimensi panjang 2,210mm, lebar 870mm, dan tinggi 1,380-1,430mm (visor angin boleh laras), manakala jarak roda 1,505mm.
- Berat kering 175kg.
- Kapasiti tangki petrol 17.5 liter dan jarak tinggi bumi 220mm.
Leave a Reply