• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MAS2024: Nissan Perkenal Teknologi e-POWER Sebagai Mobiliti Elektrik Baharu di Malaysia

#MAS2024: Nissan Perkenal Teknologi e-POWER Sebagai Mobiliti Elektrik Baharu di Malaysia

May 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan mobiliti kenderaan elektrik dengan memperkenalkan teknologi e-POWER di Malaysia Autoshow 2024.

Sistem pemacu e-POWER ialah teknologi unik Nissan yang menggabungkan enjin petrol dan bateri litium-ion untuk menjana motor elektrik lalu bertindak seperti kenderaan elektrik (EV) dengan memberikan kecepatan tork, tetapi mempunyai emisi ekzos dan kos operasi lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ETCM, Khoo Cheng Pah berkata;

Kenderaan elektrik bateri (BEV) sudah pasti akan menarik perhatian pengguna, tetapi ada halangan dalam pengambilan besar-besaran.

"Sebagai jenama automotif pertama mengeluarkan kenderaan elektrik besar-besaran, Nissan LEAF yang diperkenalkan ETCM pada 2013, kami bersedia memulakan satu langkah lain dalam memperkasa elektrifikasi mobiliti untuk rakyat Malaysia melalui e-POWER.

"Kenderaan Nissan yang dikuasakan e-POWER mengekalkan kedudukan sebagai antara kenderaan terlaris di Jepun dengan pemanduan mengujakan, kecekapan dan tanpa kelemahan daripada pemilikan EV.

"Kami optimis rakyat Malaysia akan mencapai kesimpulan sama apabila kami melancarkan e-POWER pertama kami pada penggal kedua tahun ini.”

Perbandingan Nissan e-POWER dengan Sistem Pacuan Lain?

Sistem hibrid menghasilkan pacuan roda secara langsung daripada enjin, manakala sistem kawalan e-POWER melaraskan enjin secara bebas berdasarkan faktor kelajuan kenderaan, kondisi jalan, tahap pecutan, dan tahap pengecasan bateri yang menawarkan pemanduan lebih senyap berbanding hibrid.

Sama seperti EV, Nissan e-POWER menyediakan kawalan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek mampu dikurangkan 70 peratus melalui brek regeneratif untuk memperlahankan kenderaan, termasuk mengecas semula bateri.

Trenkuasa pemacu elektrik Nissan e-POWER mendapat pengiktirafan Teknologi Terbaik (Technology of the Year) pada Persidangan Penyelidik dan Jurnalis Automotif Jepun (Automotive Researchers & Journalists’ Conference of Japan, RJC) 2021.

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Enjin Nissan e-POWER, Malaysia Autoshow (MAS) 2024, Nissan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my