MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) memulakan langkah menghidupkan semula jenama Keeway dalam industri dua roda tempatan menerusi pelancaran skuter Keeway Sixties 250.
Skuter gaya retro Keeway Sixties 250 itu membuat kemunculan di Malaysia Autoshow (MAS) 2024 dengan harga jualan asas RM13,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Berikut perincian Keeway Sixties 250:
- Ada tiga warna pilihan Matte Black (hitam), Matte Green (hijau) dan Light Blue (biru).
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 244.3cc SOHC penyejukan cecair 4-injap dengan sistem suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa 21.3hp @ 8,000rpm dan tork 21Nm @ 6,250rpm.
- Kelajuan maksimum 115kmj.
- Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
- Dimensi panjang 1,985mm, lebar 720mm, dan tinggi 1,170mm.
- Tinggi pelana 780mm. Berat kering 146kg.
- Jarak tinggi bumi 140mm, manakala jarak roda 1,390mm.
- Suspensi fork teleskopik di depan, dan absorber kembar (belakang) dengan jarak travel 50mm.
- Rim aloi 12 inci dengan set tayar 120/70 (depan, dan belakang).
- Sistem brek cakera tunggal 230mm (depan), dan brek cakera 220mm (belakang).
- Kapasiti tangki minyak 10 liter.
Leave a Reply