• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ERL, DK Schweizer Jalin Kerjasama Sediakan Kerusi Kulit Premium untuk Perkhidmatan VIP KLIA Ekspres

ERL, DK Schweizer Jalin Kerjasama Sediakan Kerusi Kulit Premium untuk Perkhidmatan VIP KLIA Ekspres

May 16, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


EXPRESS Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan DK Leather Seats Sdn Bhd (DK Schweizer) hari ini secara rasmi menjalinkan kerjasama strategik memperkenalkan kerusi kulit premium baharu bagi perkhidmatan VIP dalam tren KLIA Ekspres.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERL, Noormah Mohd Noor pada majlis perasmian di KL Sentral tadi berkata;

Di ERL, kami mengalukan sebarang bentuk kerjasama yang akan memberi manfaat kepada penumpang. Penting bagi kami untuk sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi dalam usaha menyediakan perjalanan yang selesa dan lancar kepada penumpang."

"DK Schweizer terkenal dalam kalangan industri automotif dalam menyediakan upholsteri kulit berkualiti seluruh dunia dan kami sangat teruja kerana tempat duduk kulit premium terkenal ini dibuat khas untuk kerusi Perkhidmatan VIP khusus dalam tren KLIA Ekspres kami."

Kerusi kulit premium KLIA Ekspres diperoleh daripada pembekal terkenal dari Itali dan Amerika Selatan. Malah setiap bahagian kulit kerusi tersebut adalah mengikut piawaian automotif ketat.

Justeru penumpang bakal merasai pengalaman tempat duduk baharu yang lebih eksklusif apabila membeli pakej perkhidmatan VIP ke lapangan terbang.

Berikut perkhidmatan disediakan dalam pakej VIP:

  • Pemindahan lapangan terbang pintu ke pintu eksklusif untuk perjalanan sehala atau pergi-balik dengan KLIA Ekspres.
  • Ada pemandu kereta khas.
  • Ada porter khas untuk bantuan bagasi.
ERL & DK (4)
ERL & DK (3)
ERL & DK (5)
ERL & DK (9)
ERL & DK (10)
ERL & DK (6)
ERL & DK (7)
ERL & DK (8)
ERL & DK
ERL & DK (2)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DK Leather Seats Sdn Bhd, DK-Schweizer, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), kerusi kulit premium baharu bagi perkhidmatan VIP, KLIA Ekspres

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev