• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prolintas Sedia Bantu Polis Kes Penunggang Dagu Koyak Langgar Benang di Lebuhraya SUKE

Prolintas Sedia Bantu Polis Kes Penunggang Dagu Koyak Langgar Benang di Lebuhraya SUKE

May 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TULAR satu perkongsian di media sosial X (Twitter) mengenai seorang penunggang motosikal cedera selepas dagunya terkoyak akibat terkena benang yang melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Berdasarkan penceritaan pemilik akaun @MuasRosdi, insiden itu berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam di Lebuhraya SUKE (selepas susur keluar Taman Kosas, Ampang) menghala Tol Bukit Teratai.

Hari ni, Isnin 13 Mei 2024 jam 6.30 petang.
Dagu aku terkoyak terkena benang yang melintang jalan di Lebuhraya SUKE (selepas exit Taman Kosas, Ampang) menghala ke tol Bukit Teratai. pic.twitter.com/ZNvAH1QdwV

— as 🇲🇾 (@MuasRosdi) May 13, 2024

Susulan itu, pengendali SUKE, Prolintas menyatakan kesediaan memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis berhubung insiden tersebut.

Prolintas turut meminta mangsa tampil memfailkan aduan kepada pihak berkuasa, manakala saksi kejadian yang ada maklumat mengenai insiden boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atau Prolintas.

Kenyataan itu menyatakan;

Bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya, pasukan Peronda SUKE sudah mula meningkatkan pengawasan di sepanjang lebuh raya. Sebarang aktiviti berbahaya termasuk permainan layang-layang berdekatan lebuh raya akan diawasi dan dilaporkan kepada pihak polis dengan segera.

"Selain itu, SUKE bersama-sama dengan persatuan penduduk setempat akan menambah baik langkah-langkah keselamatan bagi membendung insiden sama berulang.

"Kami ingin menegaskan bahawa keselamatan pengguna dan masyarakat sekeliling adalah keutamaan kami. Pihak Lebuhraya SUKE akan terus memberi perhatian terhadap situasi berkenaan dan menyediakan maklumat terkini dari semasa ke semasa."

Jika ingin mengemukakan maklum balas atau pertanyaan, pengguna diminta menghubungi talian Hotline Prolintas di 1-800-22-8888 atau e-mel [email protected].

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE), penunggang motor koyak dagu, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev