SEPERTI dijangka, Modenas sah bakal memperkenalkan tiga model rebadge Bajaj pada 19 Mei depan.
Menerusi teaser dikeluarkan dalam laman facebook Modenas, ketiga-tiga model Bajaj itu terdiri daripada naked bike, sportbike dan Cafe Racer.
Sedia maklum, berita tentang kerjasama di antara Modenas dan syarikat pengeluar motosikal India, Bajaj Auto sudah lama berlegar sejak tahun lalu.
Berdasarkan sumber kami, dua model naked bike dan sportbike Bajaj yang bakal diperkenalkan itu akan dijana unit enjin bersesaran 200cc.
Model yang dimaksudkan ialah Bajaj Pulsar NS200 dan Bajaj Pulsar RS200. Yang pasti, kehadiran model ini bakal memberi saingan buat model KTM 200 Duke. Selain itu, sebuah lagi model yang bakal membuat kemunculan pada 19 Mei depan ialah Bajaj V.
Dari aspek rekabentuk, kami dimaklumkan ia tidak mengalami sebarang perubahan. Hanya logo Bajaj digantikan kepada Modenas. Selain dari itu, semuanya kekal sama termasuk aspek mekanikal.
BACA >>> Modenas Kembali 'Ganas', Lancar 3 Skuter - Modenas Karisma, Elegan & Kymco Downtown
BACA >>> Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj - Harga Bermula RM9,100?
HARGA SERENDAH RM9,100
Berdasarkan hasil risikan kami, harga bagi model Bajaj Pulsar NS200 bakal dijual sekitar RM9,100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10,200 seunit. Bagaimanapun kami tidak menerima sebarang maklumat mengenai model Cafe Racer, Bajaj V.
Mari kita sama-sama nantikan kehadiran ketiga-tiga model rebadge Bajaj ini pada 19 Mei depan.
aman nizan says
Hmm modenas modenas.. dia ni ibarat si luncai.. model yg dia ambik pun tak stim, tak menaikkan syahwat pun.. design cam sampah.. trending la bukan motor ni.. orang nak SUPER CUB 150.. apara mangkuk hayun.. biarla si luncai terjun dgn labunya.. haha kelakar betul
Izhar says
Super cub mat cub... Moto no ada peminat sendiri. Nak supercub amik aja y150 dan honda apa tu nyah aku lupa.
Mcm aku motor naked ni sesuai.. Cub kalu sakit pinggang.
Asyik tgk fz je on the road. Bagilah variant lain plak utk kami.
joe says
supercub atau supermoped adalah kategori berbeza dari segmen motor di atas tuh...mana boleh bandingkan rasa sedap nasi goreng kampung dengan lamb chop...supercub, naked, full fairing ada peminat yang tersendiri. Maaf jika saya salah.
iwan ozïL says
Cun jgk... Masalah skang ni duit jer...