• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MINI Aceman 2024, Seimbang Di Antara Cooper dan Countryman, Model Elektrik Sahaja!

MINI Aceman 2024, Seimbang Di Antara Cooper dan Countryman, Model Elektrik Sahaja!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SIRI MINI baharu bersambung lagi dengan pengenalan Aceman yang diletakkan di antara Cooper dan Countryman.

Berbanding Cooper yang ikonik dan Countryman yang kini memasuki generasi ketiga, Aceman adalah model baharu sepenuhnya.

Nama Aceman pula hampir dengan MINI Paceman yang ditamatkan pada 2016. Selain nama yang hampir sama, kedua-dua model langsung berbeza dengan Paceman dibuat dalam gaya badan dua pintu.

Aceman juga tidak seperti Cooper dan Countryman kerana dibangunkan sebagai sebuah crossover saiz sederhana janaan motor elektrik. Cooper dan Countryman mempunyai pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik.

Saiznya sedang elok dan menjadi pilihan buat mereka yang mahu kereta lebih besar daripada Cooper dan lebih kecil daripada Countryman.

Perbandingan saiz di antara Cooper, Countryman dan Aceman:

  • Cooper EV (mm): 3,858 (p) x 1,756 (l) x 1,460 (t), jarak roda 2,526
  • Countryman (mm): 4,433 x 1,843 x 1,656, jarak roda 2,692
  • Aceman (mm): 4,070 x 1,754 x 1,514, jarak roda 2,606

Dari segi rekabentuk, Aceman ibarat Countryman yang dikecilkan selain membawa gaya Cooper namun mempunyai identiti sendiri seperti lampu, pendakap badan dan bampar. Rekaan Aceman seimbang di antara model tersebut.

Bahagian dalam pula tipikal seperti MINI baharu dan sekali lagi menggunakan sifir gabungan di antara Cooper dan Countryman. Skrin besar 24 sentimeter di tengah menjadi bintang utama.

Bahagian belakang mempunyai ruang untuk tiga penumpang dan isian bagasi mempunyai kapasiti 300 liter. Kerusi boleh dipisah dengan nisbah 60:40 dan apabila dilipat meningkatkan ruang simpanan kepada 1,005 liter.

Dua rangkaian kuasa

Aceman E

  • Bateri 42.5 kWj.
  • Jarak pemanduan 309 km (WLTP).
  • Kuasa 135 kW (184 hp), tork 290Nm.
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam masa 7.9 saat.
  • Pengecasan 11 kW AC atau DC, 75 kW.

Aceman SE

  • Bateri 54.2 kWj.
  • Kuasa 160 kW (218 hp), 330Nm.
  • Jarak pemanduan 406 km.
  • Pecutan 0 - 100 km/j dalam masa 7.1 saat.
  • Pengecasan 11 kW AC atau DC, 95 kW.

Tiga varian Aceman

  • Classic, Exclusive.
  • Sport dengan gayaan ala John Cooper Works.

MINI Experience Modes

  • Suasana dalaman khas dengan permainan cahaya dan grafik.
  • Personal, Go-Kart, Vivid, Core, Green, Timeless, Balance dan Trail.
  • Turut mempengaruhi tetapan suspensi, tindak balas stereng dan kawalan cengkaman.

Harga

  • MINI Aceman E: GBP£31,800 (RM188,954)
  • MINI Aceman SE: GBP£36,300 (RM215,693)

MINI Aceman merupakan produk usahasama BMW Group dan Great Wall Motor. Penghantaran pertama Aceman dijadual pada November 2024.

MINI Aceman 2024.01
MINI Aceman 2024.02
MINI Aceman 2024.03
MINI Aceman 2024.04
MINI Aceman 2024.05
MINI Aceman 2024.06
MINI Aceman 2024.07
MINI Aceman 2024.08
MINI Aceman 2024.09
MINI Aceman 2024.10
MINI Aceman 2024.11
MINI Aceman 2024.12
MINI Aceman 2024.13
MINI Aceman 2024.14
MINI Aceman 2024.15
MINI Aceman 2024.16
MINI Aceman 2024.17
MINI Aceman 2024.18
MINI Aceman 2024.19
MINI Aceman 2024.20
MINI Aceman 2024.21
MINI Aceman 2024.22
MINI Aceman 2024.23
MINI Aceman 2024.24
MINI Aceman 2024.25
MINI Aceman 2024.26
MINI Aceman 2024.27
MINI Aceman 2024.28
MINI Aceman 2024.29
MINI Aceman 2024.30
MINI Aceman 2024.31
MINI Aceman 2024.32
MINI Aceman 2024.33
MINI Aceman 2024.34
MINI Aceman 2024.35
MINI Aceman 2024.36
MINI Aceman 2024.37
Oliver Heilmer, Head of MINI Design

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Mini, MINI Aceman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev