• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hospital Larang Kereta EV Masuk Parkir Sebab Mudah Terbakar?

Hospital Larang Kereta EV Masuk Parkir Sebab Mudah Terbakar?

May 13, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pemandu kenderaan elektrik (EV) di Britain yang melawat sebuah hospital untuk temujanji anaknya terkejut selepas dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di lot parkir dengan struktur logam (metal car park) kerana risiko terbakar.

Insiden itu berlaku di Hospital Alder Hey di Liverpool. Pemandu kereta EV itu, Paul Freeman-Powell berasa kecewa dan berkongsi kisah yang dialaminya di media sosial dengan beberapa keping foto.

Freeman-Powell mendakwa dia meminta penjelasan daripada seorang pengawal keselamatan dan diberitahu bateri kenderaan EV ada risiko 'terbakar' atau 'meletup' jika berlaku suatu tindak balas di lot parkir (membabitkan besi atau komponen logam).

Kecewa dengan situasi itu, Freeman-Powell mengemukakan aduan dan menghantar dokumen Permohonan Kebebasan Maklumat serta berkongsi dokumen itu di media sosial. Dalam aduannya, dia menyatakan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) 20 kali ganda lebih mudah terbakar berbanding EV.

APA KATA HOSPITAL?

Hospital Alder Hey mengirim satu kenyataan kepada agensi berita BBC dan menjelaskan bahawa mereka 'mengenakan sekatan sementara kenderaan EV di lot parkir saiz kecil kerana mereka sedang melakukan kerja-kerja naik taraf sistem pemercik air (alat pemadam kebakaran) selepas menerima nasihat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Merseyside.

Kenyataan sama menegaskan pemilik kenderaan EV masih boleh parkir di tempat letak kenderaan utama hospital yang menawarkan 14 lot khas beserta alat pengecas bateri.

PANDANGAN PAKAR

Beberapa pakar tidak bersetuju dengan keputusan hospital tersebut kerana alasan diberi tidak disandarkan bukti kukuh.

Ketua Pengangkutan dari Unit Risikan Tenaga dan Iklim, Colin Walker menjelaskan data dari EV FireSafe menyatakan kenderaan berasaskan petrol memiliki risiko lebih 80 kali mudah terbakar berbanding EV.

Laporan Agensi Kontigensi Awam Sweden pada tahun 2022 menyatakan kadar purata kebakaran membabitkan kenderaan elektrik dan hibrid ialah 3.8 kebakaran untuk setiap 100,000 kenderaan.

Kebakaran membabitkan kenderaan semua jenis bahan api (termasuk perbuatan sengaja membakar) ialah 68 kes kebakaran untuk setiap 100,000 kereta.

What the ACTUAL F, @AlderHey? EVs banned because, said the security guard, "the battery will react with the metal carpark and it might catch fire / explode"?!💥

What Fossil Fuel lobbied fresh hell nonsense is this?!@FullyChargedShw @StopBSCampaign @fairchargeuk @QuentinWillson pic.twitter.com/9gfaRqXVT3

— Paul Freeman-Powell (@paulfp) May 1, 2024

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hospital Alder Hey, isu kereta EV mudah terbakar, Kenderaan Elektrik (EV), Paul Freeman-Powell, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev