• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Budak 3 Tahun di AS Maut Tersepit Tingkap Kereta

Budak 3 Tahun di AS Maut Tersepit Tingkap Kereta

April 30, 2017 By Han Othman 1 Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG budak tiga tahun di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) maut selepas menderita hampir lima hari akibat lehernya tersepit pada tingkap kereta. Menurut polis kepada Fox News, semasa insiden, Everton Isay Romero Romero duduk di tempat duduk belakang sebuah Chevrolet Equinox (2007) apabila tingkap tertutup dan menyepit beliau.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bagaimana tingkap diaktifkan, atau bagaimana mangsa boleh tersepit. Peguam pendakwa, Denise Kracl berkata, tiada pencabulan undang-undang dan ibu mangsa turut berada ketika kejadian berlaku serta bertindak sewajarnya.

BACA >>> #Videotomotif: Budak 'Dipanggang' Dalam Kereta. Jangan Tidak Peduli, Mesti Peka dan Bertindak!

TEKNOLOGI 'ANTI-PINCH' MASIH BUKAN MANDATORI

chevrolet-equinox-2007
suis-tingkap-kuasa-chevrolet-equinox-2007

Menurut pertubuhan KidsandCars.org, kira-kira 50 kanak-kanak maut akibat insiden sama sejak 1990, manakala terdapat lebih 2,000 orang melapor ke hospital akibat kecederaan berkaitan tingkap kuasa kereta. Susulan itu, ramai pengeluar kereta mula memuatkan teknologi anti-jepit (anti-pinch) yang dapat mengesan objek atau halangan dan membuka tingkap atau bumbung suria secara automatik, tetapi masih bukan ciri mandatori.

Pentadbiran Keselamatan Kebangsaan Trafik Lebuh Raya (NHTSA) AS pada mulanya memang sudah merancang menguatkuasakan ciri keselamatan baru tersebut sejak beberapa tahun lalu. Namun, membatalkan rancangan itu selepas mendapati laporan kes mengenai bahaya akibat tingkap kuasa itu masih tidak cukup kuat untuk diwajibkan sebagai ciri keselamatan kereta baharu.

BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Tidur Mati, Lelaki Tidak Sedar Lakukan Aksi 'Burnout' Epik

Bagaimanapun, ramai pengeluar automobil secara suka rela melengkapkan kereta mereka dengan ciri berkenaan, terutama untuk kereta dengan tingkap yang boleh ditutup secara sekali sentuhan suis.

Suis Tarik-untuk-Tutup

Chevrolet Equinox (2007) tiada teknologi anti-jepit, dan tingkap belakang ditutup dengan menekan suis gaya-rocker pada pintu. Bermula 2009, NHTSA mula meminta pengeluar menggunakan suis jenis tarik-untuk-tutup pada pintu belakang supaya tidak berlaku insiden tertutup tingkap kereta secara tidak sengaja. Arahan itu dikeluarkan berdasarkan ujian simulasi menekan suis menggunakan lutut kanak-kanak.

Chevrolet kemudian mengemas kini Equinox (2009) dengan suis baru yang mematuhi syarat baru NHTSA.

SUMBER: Fox News

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, budak maut tersepit tingkap kereta, budak tersepit tingkap kereta, Chevrolet Equinox (2009), teknologi anti-jepit, tingkap kuasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev