• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MCVE2024: Pameran Kenderaan Komersial Ketengah Rangka Kerja ESG Sektor Pengangkutan

#MCVE2024: Pameran Kenderaan Komersial Ketengah Rangka Kerja ESG Sektor Pengangkutan

May 9, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

MALAYSIA Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2024, mendapat sambutan yang memberansangkan daripada jenama tempatan dan antarabangsa sekaligus menjadi salah satu pameran yang terbesar di Asia Tenggara yang mengetengahkan penyelesaian masa hadapan industri kenderaan komersial.

MCVE yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook, akan berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei yang bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Dengan berlatar belakangkan aspek digitalisasi, elektrifikasi dan adaptasi prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tata Kelola), acara tersebut menyaksikan peningkatan jumlah pempamer berbanding tahun 2022 sewaktu pandemik.

Penganjur MCVE 2024, Stefan Pertz, berkata;

Kami sangat berbesar hati dengan sokongan menggalakkan yang diterima. Kami berjaya menarik minat lebih banyak jenama untuk mengambil bahagian dalam acara tempatan ini berbanding edisi terdahulu.”

"Adaptasi teknologi adalah penting buat semua jenama yang beroperasi dalam sektor pengangkutan jalan kerana wujudnya tekanan tambahan daripada para pelanggan yang mahukan perkhidmatan lebih baik."

Berikut merupakan antara penaja MCVE 2024:

  • MAN
  • Asian Trucker
  • OES
  • Rogers Asia
  • TRUCK & BUS
  • The Tyreman
  • TradeFairDates
  • NEWPAGES
  • Petronas Urania
  • Hengs Filtration
  • Mister Coffee
  • Safe Truck

Sementara itu, acara ini menandakan satu permulaan baharu dengan membawa teknologi elektrifikasi dalam industri pengangkutan seperti trak, pikap, van, dan lain-lain lagi. Selain pameran, seminar dan pembentangan akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut.

Oleh itu, penganjur MCVE 2024 berharap pendedahan ke atas teknologi-teknologi baharu di pameran ini akan mengujakan semua pihak yang terlibat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2024, MCVE2024, Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC), YB Loke Siew Fook

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my