• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Keluar 619 saman, Sita 234 Kenderaan dalam Operasi Bersepadu di KL

Polis Keluar 619 saman, Sita 234 Kenderaan dalam Operasi Bersepadu di KL

May 6, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS mengeluarkan 619 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 234 kenderaan dalam Operasi Bersepadu yang diadakan kira-kira sembilan jam sekitar Kuala Lumpur.

Operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN) itu bermula jam 10 malam, Sabtu lalu (4 Mei 2024) hingga kira-kira jam 7 pagi (5 Mei 2024) yange menumpukan beberapa kawasan utama ibu negara seperti:

  • Sekitar pusat bandar
  • Jalan Tun Razak (Shell)
  • Jalan Sultan Azlan Shah (Sentul)
  • Jalan Sultan Azlan Shah (Chow kit)
  • Jalan Bangsar
  • Jalan Kampung Pandan

TINDAKAN SITA

Sepanjang operasi itu, polis mengambil tindakaan sitaan terhadap 234 kenderaan seperti berikut:

Motosikal
  • 171 motosikal disita bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).
  • Motosikal disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
  • Pemilik diarahkan mengubah kembali ekzos kepada struktur asal.
Kereta
  • 63 kereta disita atas kesalahan ubah struktur kenderaan (ekzos dan enjin).
  • Semua kenderaan itu akan menjalani pemeriksaan semula dilakukan JAS.

TANGKAPAN

  • Seramai 13 lelaki berumur antara 23 dan 53 tahun ditahan bawah Seksyen 45(A) APJ 1987 kerana memandu bawah pengaruh alkohol, dan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur atas tuduhan bawah seksyen sama.
  • Dua individu berumur 19 dan 21 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.
  • Seramai 10 individu berumur 19 hingga 35 tahun ditangkap kerana melakukan kesalahan bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan selanjutnya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN), Polis Kuala Lumpur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my