• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 250 Duke, KTM 390 Duke Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM22.5k, RM35.8k

KTM 250 Duke, KTM 390 Duke Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM22.5k, RM35.8k

May 5, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KTM Malaysia melancarkan dua model KTM Duke 2024 dengan kapasiti enjin kecil bawah 500cc bersempena Sambutan Ulang Tahun KTM Duke ke-30 yang bertemakan 'No Bullshit'.

Kedua-dua model tersebut merupakan model Naked iaitu KTM 250 Duke dan KTM 390 Duke.

Berikut adalah harga yang ditawarkan:

  • KTM 250 Duke: RM22,500
  • KTM 390 Duke: RM35.800

1. KTM 250 Duke (The Thrill Chaser)

  • Menggunakan enjin berkapasiti 249cc, LC4c 4-lejang 1-silinder dengan penyejukan cecair 4 valve yang mampu menghasilkan kuasa 31hp @ 9250 rpm, tork 25nm @ 7250 rpm.
  • Mempunyai klac antigelinci PASC (Power and Assist Slipper Clutch) dan Quickshifter+ dengan transmisi 6-kelajuan yang mampu mencapai kelajuan maksimum 150kmj.
  • Tinggi pelana 820mm. Berat 162.8kg. Kapasiti tangki minyak 15 liter.
  • Brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston di depan, brek cakera 240mm kaliper 2-piston di belakang dan dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 2-Channel.
  • Fork depan menggunakan WP APEX 43mm, dan monoshock WP APEX (belakang)
  • Mempunyai papan pemuka LCD 5 inci baharu dilengkapi empat menu berbeza dengan konektiviti telefon pintar.
  • Lebih jimat darisegi servis interval iaitu hanya tiga kali sahaja pada jarak perbatuan 1000km, 7,500km, dan 15,000km.

2. KTM 390 Duke (The Corner Rocket)

  • Menggunakan enjin berkapasiti 398.6cc, LC4c 4-lejang 1-silinder dengan penyejukan cecair 4 valve yang mampu menghasilkan kuasa 46hp @ 8500 rpm, tork 39nm @ 6500 rpm.
  • Mempunyai klac antigelinci PASC (Power and Assist Slipper Clutch) dan Quickshifter+ dengan transmisi 6-kelajuan yang mampu mencapai kelajuan maksimum 170kmj.
  • Tinggi pelana 820mm. Berat 168.3kg. Kapasiti tangki minyak 15 liter.
  • Brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston di depan, brek cakera 240mm kaliper 2-piston di belakang dan dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 2-Channel.
  • Fork depan menggunakan WP APEX 43mm berserta ciri boleh laras mampatan dan lantunan, dan monoshock WP APEX berserta ciri boleh laras prabeban dan lantunan (belakang).
  • Mempunyai papan pemuka LCD 5 inci baharu dilengkapi empat menu berbeza dengan konektiviti telefon pintar.
  • Maklumat pada kluster instrumen TFT boleh dikendalikan menggunakan punat pada bar hendal.
  • Terdapat ciri elektronik seperti Supermoto Mod, ABS Selekoh, Lauch Control dan Kawalan Traksi Motosikal (MTC).
  • Tiga ciri penunggangan iaitu, Street Mode, Rain Mode, dan Track Mode.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, KTM 250 Duke 2024, KTM 390 Duke (2024), ktm malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my