• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Inisiatif Subsidi FLYsiswa RM300 untuk Pelajar IPTA Disambung Semula

Inisiatif Subsidi FLYsiswa RM300 untuk Pelajar IPTA Disambung Semula

May 3, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


INISIATIF bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan (FLYsiswa) untuk pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan kini disambung semula, bermula semalam.

Pelajar berkelayakan terdiri daripada:

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Universiti Awam
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan (KPM)
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru (IPG)

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), inisiatif itu mensasarkan pelajar fasa pertama yang berdaftar pada 31 Disember tahun lalu, manakala fasa kedua yang melibatkan pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Januari hingga 31 Mac akan bermula Julai depan.

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai ‘credit shell’ untuk membeli tiket penerbangan."

"Sekiranya harga tiket yang dibeli kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam ‘credit shell’ dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya."

Tambahan lagi, tempoh permohonan baucar bermula 2 Mei hingga 30 November depan, manakala tempoh penebusan baucar hingga 31 Disember 2024.

Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar juga dibenarkan.

Berikut langkah perlu diambil:

  • Membuat semakan melalui https://subsidiudara.mot.gov.my/
  • Membuat permohonan menersui mana-mana satu syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman web syarikat penerbangan tersebut.
  • Jika tidak layak, pelajar boleh membuat semakan semula dan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing.

SUMBER: KosmoOnline

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, FLYsiswa, institut pengajian tinggi awam, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengankutan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev