• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 11 Ulat Parkir, Termasuk Individu Status 'Wanted' Dicekup Polis di KL

11 Ulat Parkir, Termasuk Individu Status 'Wanted' Dicekup Polis di KL

May 2, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT) menjalankan Op Parkir Haram di beberapa lokasi sekitar ibu kota Kuala Lumpur selepas menerima banyak aduan daripada orang awam.

Sekurang-kurangnya sembilan lokasi menjadi tumpuan membanteras aktiviti parkir haram yang menimbulkan ketidakselesaan dan kebimbangan orang ramai. Berikut lokasi diserbu JSPT:

  • Jalan Beremi
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Tengah Changkat Bukit Bintang
  • Persiaran Dutamas G3 Street
  • Jalan Berangan
  • Jalan Walter Granier
  • Jalan Mesui
  • Jalan Doraisamy
  • Jalan Kamunting

Operasi dijalankan melibatkan dua peringkat dengan tangkapan 11 individu dipercayai ulat parkir berumur antara 19 dan 60 tahun.

Mereka dipercayai melakukan kesalahan mengutip bayaran parkir kenderaan secara haram, dan lima daripada individu ditahan ialah warga asing.

Polis turut menahan dua individu dengan 15 rekod lampau kes dadah dan orang dikehendaki atas kesalahan kes jenayah.

Selain itu, polis juga merampas wang tunai dan suspek akan dituduh bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana mendesak berhubung penjagaan kenderaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) akta sama.

SUMBER: JSPT KL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), Kuala Lumpur, Op Parkir Haram, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my