• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dua Rakan Sekampung Maut Dilanggar Bas

Dua Rakan Sekampung Maut Dilanggar Bas

April 30, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA rakan sekampung maut apabila motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah bas ekspres di KM13.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superitenden Mohd Razman Setapa berkata, mangsa ialah penunggang lelaki berusia 21 tahun dan pembonceng wanita berusia 18 tahun yang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala. Kemalangan berlaku jam 1.30 pagi tadi melibatkan bas ekspres dan motosikal jenis Modenas.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan bas dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu, manakala motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Medan Jaya ke bandar Marang.

Motosikal ditunggangi mangsa bertembung bas ketika keluar dari Medan Jaya yang menyebabkan pemandu bas tidak sempat membrek dan mengelak hingga melanggar motosikal mangsa.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat, manakala pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Baharuddin di talian 013- 919 5738 atau 09-618 2222.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, kemalangan jalan raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev