• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Apa Rasa Bawa Subaru BRZ Dalam Litar Sepang?

#PanduUji: Apa Rasa Bawa Subaru BRZ Dalam Litar Sepang?

May 28, 2024 By Syafie Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUAT kali pertama saya sebagai wakil PanduLaju diberikan peluang merasai pengalaman menjadi memandu dalam trek bersama Subaru Malaysia,  hujung April lalu.

Sejujurnya, tidak pernah terdetik dalam hati untuk mendapat peluang sebegini walaupun pernah berangan menjadi Michael Schumacher versi orang Sabah.

Jadi inilah pengalaman sepanjang menjadi pemandu amatur di Litar Antarabangsa Petronas Sepang sempena Subaru Track Day.

Sebelum Memandu

Tiba di Sepang, cuaca hari itu sangat panas tetapi membakar semangat saya untuk mengejar impian sebagai pemandu litar yang akan mewakili Malaysia dalam mimpi.

Selesai mendaftar nama, saya diarahkan ke pit Subaru Malaysia, tetapi boleh pula tersesat hampir 20 minit sebelum dapat cari pit tersebut. Maklumlah masih lagi budak baru yang acah-acah padu.

Sampai di pit, saya nampak ada empat model Subaru, iaitu BRZ, WRX, XV, dan Forester, tetapi yang paling menambat hati semestinya model Subaru BRZ 2024 merah.

Sebelum masuk ke dalam BRZ, apa wajib kami buat;

  • Ambil giliran memandu (saya nombor tiga),
  • Mendengar taklimat keselamatan.
  • Memakai helmet.
  • Baca doa dan beringat keluarga di rumah.

Semasa Memandu

Masuk saja dalam kabin BRZ, saya hanya mampu sebut satu perkataan saja iaitu 'wow' dan terpaku beberapa saat. Apabila tersedar, rupanya ada seorang pengajar di sebelah yang akan menemani saya sepanjang pemanduan selama 10-15 minit setiap sesi.

Saya diberikan dua pusingan, iaitu pusingan pertama akan dipandu pengejar itu terlebih dulu untuk menunjukkan cara memandu, jumlah selekoh, dan laluan yang perlu diambil, manakala pusingan kedua barulah giliran saya memandu sendiri kereta sport tersebut.

Ringkasnya, ada 15 kon atau selekoh (turn) yang akan saya tempuhi sepanjang pemanduan. Berikut perincian ketika melalui selekoh berkenaan;

  • Selekoh 2 dan 9: selekoh paling tajam dan perlahan.
  • Selekoh 4, 12 dan 13: Selekoh bukit yang memerlukan kuasa dan penggunaan stereng minimum.
  • Selekoh 14 dan 15: Selepas melepasi selekoh ini, terdapat satu laluan lurus ke ‘syurga’ untuk menekan pedal minyak sepenuhnya untuk mengira tahap kelajuan maksimum kenderaan.

Apa Seronok Pandu BRZ di Litar Sepang?

Perkara paling seronok adalah ketika saya dapat menginjak pedal minyak sepenuhnya selepas selekoh 14 dan 15.

Dari segi pikap, m memang puas hati kerana pecutan 0-100kmj mampu dicapai kurang 5 saat, manakala kelajuan maksimum sejujurnya saya tidak sempat hbesak lihat sebab terlalu fokus ke trek, tapi anggaran sekitar 180kmj.

Dari segi pengendalian pula, sebagai pemandu berstatus amatur,  memang secukup rasa, terutama di selekoh perlahan 2 dan 9 yang mana stereng perlu dipusing habis.

Walaupun di selekoh tajam, pengendalian stereng kekal ringan dan pada masa sama golekan tayar menggigit jalan tanpa goyah.

Benda paling penting, semestinya brek, terutama kerika melalui beberapa selekoh yang memerlukan saya membrek penuh.

prestasi brek juga sangat baik. Walaupun membrek,  tetapi tidak menjadikan kereta ini hikang kawalan dan saya masih dapat memperlahankan kenderaan untuk mengambil sudut selekoh yang betul.

Tambahan lain yang suka adalah material kerus bunyi enjin yang memang syahdu.

Apa 'Do & Dont' yang Perlu Kita Patuhi?

  • Pakai helmet dan tali keledar.
  • Pakai tag atau lencana khas sebagai pemandu litar.
  • Jangan brek di jalan lurus.
  • Jangan bawa melebihi 40kmj di laluan pit stop.
  • Pastikan lampu hijau menyala sebelum masuk trek.
  • Pandu di lorong paling kanan sekiranya memandu perlahan.
  • Pastikan sentiasa peka di belakang kenderaan apabila melalui setiap selekoh.
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/05/SUBARU-TRACK-DAY.mp4

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Litar Antarabangsa Petronas Sepang, Pandu uji, Subaru BRZ 2024, subaru malaysia, Subaru Track Day

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my