• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection Diperkenal di Jepun, Harga Mula RM117k

Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection Diperkenal di Jepun, Harga Mula RM117k

May 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEBIASAAN pengeluar menawarkan model istimewa 'Black Edition' yang tidak semestinya tampil hitam luar dan dalam tetapi merujuk kepada perkakasan hitam.

Model Black Edition boleh juga menggunakan warna cerah seperti putih dan perkakasan hitam bagi menaikkan lagi penampilan 'jahat', garang atau misteri sesebuah kereta.

Ini pula berbeza daripada Subaru apabila memperkenalkan model istimewa Forester STI Sport Black Interior Selection, iaitu dengan kemasan dalaman yang hitam dan gelap!

Model ini asalnya Forester STI Sport yang dibezakan dengan ruang kabin seperti namanya, Black Interior Selection.

Perkakasan atau trim merah pada Forester STI Sport dihitamkan seperti kerusi, sulaman stereng, balutan panel dan 'tiang' papan pemuka.

Model STI Sport sendiri sudah istimewa dengan kerusi berlogo STI, lencana STI pada gril dan perkakasan hitam seperti rim, lampu kabus, braket sisi, braket but dan cermin sisi.

Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.05
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.04

Kluster instrumen juga berbeza daripada lain dengan logo STI dan lingkaran merah. Warna badan pula Subaru menawarkan pilihan khas, iaitu Offshore Blue Metallic.

Ciri Khas Forester STI Sport Black Interior Selection

  • Kerusi dengan balutan kulit asli Nappa hitam dan sulaman benang perak
  • Sulaman perak pada panel papan pemuka.
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.06
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.01
  • Balutan hitam dan sulaman perak pada panel dan tiang papan pemuka
  • Pilar-B dan -C warna Hitam Piano
  • Teknologi bantuan pemandu Eyesight Safety Plus dengan tambahan pandangan Monitor Pandangan Depan (FVM) dan Cermin Pandang Belakang Pintar, SRM).

Enjin Subaru Forester di Jepun ditawarkan dalam dua varian iaitu FB20 2.0L e-Boxer (hibrid) dan CB18 1.8L turbo dengan padanan kotak gear CVT Lineartronic berserta mod manual dalam pacuan semua roda (AWD).

Forester STI Sport hanya digerakkan enjin 1.8L turbo berkuasa 175ps (172hp) @ 5,200rpm-5,600rpm dan tork 300Nm @ 1,600rpm-3,600rpm.

Mengenai harga, Black Interior Selection memerlukan tambahan 110,000 yen (RM3,350) berbanding Forester STI Sport biasa.

Forester STI Sport Black Interior Selection ditawarkan pada harga 3,850,000 yen (RM117,340), manakala model dengan pintu but kuasa berharga 3,905,000 yen (RM119,040).

Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.01
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.02
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.03
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.04
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.05
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.06
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024 01
Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection 2024.07

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, STI, Subaru, Subaru Forester, Subaru Forester STI Sport, Subaru Forester STI Sport Black Interior Selection

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev