LIMA kenderaan terlibat kemalangan di KM456 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menyebabkan seorang pelajar kolej maut, manakala enam lagi cedara, kelmarin (Isnin).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa maut ialah seorang remaja perempuan berusia 18 tahun akibat tercampak keluar.
Mangsa sedang dalam perjalanan ke kolej swasta bersama dua lagi rakan dari Subang ke Sungai Buloh.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku jam 8.40 malam apabila Honda City dinaiki mangsa bersama dua individu lain hilang kawalan ketika memotong sebuah Toyota Vios.
City tersebut cuba memotong dari kiri dan hilang kawalan ketika cuba masuk semula ke lorong kanan selepas memotong.
Kereta mangsa kemudian dilanggar pemandu Vios berusia 36 tahun yang tidak sempat mengelak, dan kemudian melanggar pembahagi jalan.
City berpusing dan memasuki lorong kedua sebelum dirempuh kereta dan sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak.
Mangsa maut dan cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan dirawat.
Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply