• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR650R, CB650R 2024 Jepun Kini Ada Pilihan Transmisi E-Clutch!

Honda CBR650R, CB650R 2024 Jepun Kini Ada Pilihan Transmisi E-Clutch!

July 6, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA pada 2023 memperkenalkan E-Clutch yang memudahkan penunggang menukar gear tanpa perlu menarik tuil klac.

Dua model pertama dipilih untuk menggunakan E-Clutch ialah Honda CBR650R (foto bawah kiri) dan CB650R 2024 yang turut menerima beberapa pembaharuan lain seperti lampu, fairing dan panel meter.

Menukar gear tanpa perlu tarik tuil klac bukan ciri baharu, tetapi E-Clutch dihasilkan Honda ini berbeza daripada kapcai 2-lejang suatu masa dulu.

Sistem E-Clutch pada CBR650R dan CB650R menggunakan teknologi kawalan elektronik untuk mengawal kawalan klac secara automatik.

BAGAIMANAKAH E-CLUTCH BEROPERASI?

E-Clutch beroperasi dengan menyediakan kawalan cekam optimum semasa daya tunggangan berubah atau ketika mula menunggang, menukar gear dan berhenti tanpa perlu menarik tuil cekam.

Sistem ini berangkai atau berkait satu sama lain melibatkan merangkumi kelajuan, kedudukan pendikit, posisi gear, sensor bebanan pedal anjakan, kawalan unit motor (MCU) dan suntikan bahan api (FI). Namun, penunggang masih boleh menarik tuil seperti biasa.

Bagi pasaran Jepun, CBR650R dan CB650R dilancar secara rasmi pada 25 April 2024. Selain E-Clutch, Honda mengubah lampu depan dan belakang, fairing dan bentuk ekor belakang yang kini lebih tajam.

Secara keseluruhan, Honda CBR650R nampak moden, segar dan garang ala model trek, selain sisi enjin padat dengan perkakasan E-Clutch.

CBR650R hanya ditawarkan dalam warna tunggal Matte Ballistic Black Metallic, manakala model E-Clutch ada tambahan warna Grand Prix Red.

Model naked bike Honda CB650R pula menerima lampu baharu dengan bentuk condong yang menyumbang kepada aliran aerodinamik. Fairing tepi juga berbeza dan lebih garang dengan ekor tajam seperti CBR650R.

Tidak berbeza daripada CBR650R, pembeli CB650R hanya ditawarkan warna Matte Ballistic Black Metallic, manakala model E-Clutch ditambah satu lagi warna, iaitu Pearl Deep Mud Gray.

Semua model dilengkapi panel meter TFT warna penuh 5 inci dengan grafik mudah dibaca. Pemilik juga boleh menghubungkan motosikal dengan aplikasi Honda RoadSync untuk akses aplikasi seperti muzik dan navigasi.

Walaupun CBR650R dan CB650R berkongsi ciri yang berbeza konsep, kedua-duanya ada beberapa lagi perbezaan seperti dimensi dan berat seperti berikut

Honda CBR650R 2024

  • Enjin 4-lejang 648cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 92hp (95ps)@12,000rpm, dan tork 63Nm@9,500 rpm.
  • Dimensi: panjang 2,120mm x lebar 750mm x tinggi 1,145mm
  • Tinggi pelana: 810mm
  • Jarak tinggi bumi: 130mm
  • Berat: 211kg - model E-Clutch
  • Berat: 209kg
  • Pusingan minimum: 3.0 meter
  • Roda: 120/70ZR17M/C (58W) (depan); 180/55ZR17M/C (73W) (belakang)

Honda CB650R 2024

  • Enjin 4-lejang 648cc penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 92hp (95ps)@12,000rpm, dan tork 63Nm@9,500rpm.
  • Dimensi: panjang 2,120mm x lebar 780mm x tinggi 1,075mm
  • Tinggi pelana: 810mm
  • Jarak tinggi bumi: 150mm
  • Berat: 207kg - model E-Clutch
  • Berat: 205kg
  • Radius pusingan minium: 2.8 meter
  • Roda: 120/70ZR17M/C (58W) (depan), 180/55ZR17M/C (73W) (belakang)

Harga

  • CBR650R (Matte Ballistic Black Metallic) - 1,100,000 yen (RM33,960).
  • CBR650R E-Clutch (Grand Prix Red) - 1,188,000 yen (RM36,680).
  • CBR650R E-Clutch (Matte Ballistic Black Metallic) - 1,155,000 yen (RM35,660).
  • CB650R (Matte Ballistic Black Metallic) - 1,034,000 (RM31,920).
  • CB650R E-Clutch (Pearl Deep Mud Gray, Matte Ballistic Black Metallic) - 1,089,000 yen (RM33,620).
Ciri E-Clutch
Honda CBR650R dan Honda CB650R E-Clutch 2024
Honda CBR650R dan Honda CB650R 2024 (tanpa E-Clutch)

SUMBER: GlobalHonda

Related

155
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: E-Clutch, Honda, Honda CB650R, Honda CBR650R, Honda E-Clutch, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my