PERCATURAN Honda memperkenalkan WR-V versi Elevate dilihat menjadi selepas menerima ribuan tempahan di Jepun.
Kenyataan rasmi Honda menyebut kira-kira 13,000 tempahan diterima dalam tempoh sebulan sejak dilancar secara rasmi pada 22 Mac 2024. Angka itu empat kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 3,000 unit sebulan.
Seperti kami laporkan sebelum ini, WR-V Jepun berbeza daripada WR-V Asean (foto bawah), dan dikenali sebagai Elevate di India.
Bentuk juga berbeza yang mana Honda WR-V Jepun lebih kepada gaya rugged dan aktiviti luar (outdoor) berbanding WR-V Asean yang nampak seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) urban.
Bukan saja luaran, dalaman juga berbeza berbanding Honda WR-V Asean dengan papan pemuka yang mirip BR-V dan Amaze.
Menurut Honda, pelanggan WR-V terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan kebanyakannya bertukar daripada kereta kecil (kei-car), kereta kompak, SUV dan van mini.
Ciri Pilihan Pelanggan
- Pakej yang memberikan sudut pandang jelas dan senang menganggarkan jarak dengan kenderaan depan dan ruang kargo antara terbaik dalam kelas SUV kompak.
- Rekabentuk yang menyerlahkan kekuatan dan memberikan rasa selamat dan reliabiliti.
- Harga mampu milik bermula 2,098,800 yen (RM64,790) bagi varian X.
Nisbah varian pilihan pelanggan:
- X: 15 peratus
- Z: 55 peratus
- Z+: 30 peratus
Tiga warna pilihan pelanggan:
- Platinum White Pearl (putih): 35 peratus
- Crystal Black Pearl (hitam): 28 peratus
- Meteoroid Gray Metallic (kelabu): 18 peratus
Sebagai ulangan, berikut perbandingan dimensi antara WR-V Jepun dan WR-V Asean:
- Panjang 4,325mm (4,060mm); Lebar: 1,790mm (1,780mm); Tinggi: 1,650mm (1,608mm)
- Jarak roda: 2,650mm (2,485mm)
- Ruang bagasi: 458 liter (380 liter)
Jelas WR-V Jepun lebih besar, dan dari segi segmen setara HR-V dan Proton X50, manakala WR-V Asean menyaingi Perodua Ativa.
Honda WR-V dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 116hp @ 6,600rpm dan tork 142Nm @ 4,300rpm serta dipadankan transmisi automatik CVT dengan konverter tork.
Honda hanya menawarkan model pacuan roda depan (FWD) dan tiada pacuan empat roda (4WD). Ini janggal untuk pasaran Jepun, tetapi tidak menjadi masalah jika diukur dari segi sambutan pengguna.
Harga WR-V
- X: 2,098,800 yen (RM64,790)
- Z: 2,349,600 yen (RM72,560)
- Z+: 2,489,300 yen (RM76,850)
Berbekalkan rekabentuk rugged dan saiz, wajarkah WR-V Jepun ditawarkan di pasaran tempatan? Atau jika ada berani mengimport model ini dari Jepun seperti dilakukan untuk Fit/Jazz.
Leave a Reply