• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nano Cooling Film Dari Hyundai, Filem Penabis Haba Cerah Tidak Semestinya Panas!

Nano Cooling Film Dari Hyundai, Filem Penabis Haba Cerah Tidak Semestinya Panas!

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUKAH anda? Filem penabis haba (tinted) yang cerah atau telus cahaya (transparent) tidak semestinya panas manakala filem gelap penuh belum tentu sejuk.

Satu lagi fakta, bukan semua negara membenarkan kenderaan dipasang filem penebat haba gelap.

Tidak hanya hebat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) kenderaan, Hyundai Motor juga membangunkan filem penabis haba sendiri.

Terbaru Hyundai melancarkan filem penebat haba kenderaan yang pertama di duni menggunakan Nano Cooling Film dan menawarkan prestasi penyejukan lebih bagus daripada filem penebat haba konvensional.

Nano Cooling Film memaksimunkan pelesapan haba menggunakan sktruktur nano dengan karakteristik pemindahan haba yang cemerlang.

Filem lutsinar itu dijangka lebih berkesan pada cuaca panas dan kering kerana kesan penyejukan dioptimumkan pada suhu luar yang lebih tinggi.

Bagi membuktikan keberkesanannya di dalam penggunaan dunia sebenar, syarikat melancarkan kempen Made Cooler By Hyundai dengan memasang filem itu pada 70 kenderaan pelanggan di Lahore, Pakistan.

Suhu harian musim panas di sana boleh mencecah 50 darjah Celcius. Satu lagi yang menarik, Hyundai memasangnya tanpa mengenakan kos kepada pelanggan.

Nano Cooling Film berjaya mengatasi keupayaan filem konvensional bagi menghalang haba walaupun tidak gelap atau lutsinar.

Tidak seperti filem gelap yang boleh menjejaskan penglihatan pada waktu malam dan menyerap haba ke dalam kenderaan, Nano Cooling Film menghalang tenaga haba luar dan melepaskan haba dalaman ke luar.

Nano Cooling Film terdiri daripada tiga lapisan unik yang secara terpilih menghalang atau melepaskan panjang gelombang (wavelength) haba suria.

Lapisan luar filem memancarkan haba pada panjang gelombang inframerah-pertengahan dari dalam ke luar kenderaan.

Dua lapisan di bawah memantulkan haba dari luar pada panjang gelombang inframerah-dekat dan secara keseluruhannya mengurangkan jumlah haba yang memasuki dalam kenderaan.

Selain itu, Nano Cooling Film juga boleh dipasang di atas filem konvensional. Tambahan filem biasa akan meningkatkan lagi pantulan haba dan radiasi keseluruhan dan menyumbang kepada kesan penyejukan lebih baik.

Hyundai Motor pertama kali mendedahkan Nano Cooling Film pada acara media ‘Nano Tech Day' pada 2023. Dari segi akademik dan berdasarkan perbandingan, Nano Cooling Film berjaya mengurangkan suhu dalaman.

Di dalam satu kajian yang membandingkan suhu dalaman kenderaan pada hari siang musim panas, suhu berhampiran kepala pemandu dikurangkan sehingga 10.98 darjah Celcius berbanding filem penebat haba konvensional dan sehingga 12.33 darjah Celcius berbanding kenderaan sama tanpa filem cermin.

Suhu pad kemalangan (sebahagian papan pemuka) kenderaan 15.38 darjah Celcius lebih rendah daripada kenderaan sama dengan filem konvensional dan 22 darjah Celcius lebih rendah daripada kenderaan tanpa filem.

Hyundai memilih Lahore memandangkan penggunaan filem penebat haba dilarang kerana faktor keselamatan.

Nano Cooling Film mengurangkan suhu dalaman sehingga lebih 10 darjah Celcius tanpa cermin digelapkan dan mematuhi undang-undang setempat.

Hyundai merancang untuk menggunakan data empirikal dari kempen rintis ini bagi memastikan mutu dan pengeluaran besar-besaran Nano Cooling Film pada masa depan.

Nano Cooling Film by Hyundai.04
Nano Cooling Film by Hyundai.02
Nano Cooling Film by Hyundai.05
Nano Cooling Film by Hyundai.06
Nano Cooling Film by Hyundai.07
Nano Cooling Film by Hyundai.08

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hyundai, Hyundai Nano Cooling Film, Nano Cooling Film, Nano Cooling Film by Hyundai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev