• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW M3 Sport Evolution (1990) Seperti Baru Keluar Kedai, Cuma Gerak 119km

BMW M3 Sport Evolution (1990) Seperti Baru Keluar Kedai, Cuma Gerak 119km

April 27, 2017 By Han Othman 1 Comment

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAN meter baru saja mencecah 119km, BMW M3 Sport Evolution (1990) ini memang seperti baru keluar dari bilik pameran. Entah apa perasaan si tuan kereta yang sanggup pula menunggu selama 27 tahun semata-mata untuk tidak memandu kereta antara terbaik pada zaman tersebut.

Kemuncak E30 ini akhirnya berakhir di tangan pengedar kereta terpakai BMW, Enthuasist Auto Group (EAG) di Cincinnai Ohio. Menurut pihak laman web Car Scoops, iklan kereta itu pertama kali dilihat pada lewat malam semalam dengan nota kaki, 'Sila Hubungi untuk Harga', tetapi menjelang pagi, terus saja iklan itu ditulis sebagai 'Jualan Ditangguhkan' yang menandakan sudah ada pembeli berminat.

Tidak pasti sama ada EAG berjaya menjual kereta itu dengan pantas ataupun sedang berunding dengan pihak tertentu. Boleh jadi juga kereta sport itu ditayangkan sekadar untuk mengiklankan bisnes syarikat tersebut.

MUNGKIN LEBIH AS$200,000

EAG sebelum ini pernah menjual E30 M3 (1988) berkapasiti 2.3L dengan perbatuan 13,590km pada harga AS$199,990 (RM869,457). Jadi, jika tetapan harga berasaskan model tersebut, bolehlah kita bayangkan berapa pula harga diletakkan untuk E30 M3 berenjin 2.5L kategori rare ini dengan perbatuan yang boleh diibaratkan keluar saja bilik pameran, terus disimpan dalam garaj.

Tidak banyak model edisi khas bagi unit E30 M3 yang dihasilkan BMW sepanjang pengeluaran 1988 hingga 1991. Tetapi, siri paling berkuasa dan istimewa semestinya Sport Evolution yang anda sedang baca dan lihat ini.

Apa tidaknya, cuma 600 unit dikeluarkan di seluruh muka Bumi ini yang dimuatkan enjin 2.5L 4-sebaris dengan dibekalkan beberapa ciri naik taraf seperti nozel khas yang memancitkan minyak di bawah piston untuk penyejukan.

PRESTASI DAN CIRI TREK

Kuasa asas jentera ini ditingkatkan kepada 235hp pada 7,000rpm, manakala tork maksimum dilembutkan berbanding Evolution II, iaitu 240Nm pada 4,750 rpm.

Penambahbaikan paling ketara ialah penerapan ciri trek, antaranya mengekalkan kaca tipis seperti Evolution II, but dan bampar ringan, salur penyejuk menggantikan lampu kabus M3 biasa, tayar 225/45 16, apron depan dan spoiler belakang dengan penyambung boleh laras, gril diprofilkan semula, dan fender depan lebar

Kereta ini juga duduk 10mm lebih rendah berbanding M3 normal dengan rim jejari silang wana hitam bersaiz 16-inci. Di pasaran, selain warna Brilliant Red (merah), E30 M3 ini turut ditawarkan dalam warna Jet Black (hitam).

TIADA AIRCON, TINGKAP KUASA?

Menjengah ruang dalaman, model Sport Evolution jelas menampilkan ciri sebuah kereta trek dengan menyingkirkan beberapa elemen selesa seperti lampu peta, cermin kuasa, bumbung suara, komputer on-board, dan penyaman udara. Semua elemen itu dihilangkan untuk mendapatkan berat kereta yang lebih ringan.

Bagaimanapun, seperti anda lihat, model ini didatangkan dengan tingkap elektrik yang sebenarnya boleh ditambah sebagai opsyen. Sementara itu, kemasan kulit baldu membaluti roda stereng, tombol gear dan brek tangan, bersama kerusi sport Recaro dan plak khas yang menjadi sebahagian daripada pakej ditawarkan.

Persoalan sekarang, berapa 'meninggal' harga yang anda sanggup letak untuk kereta tua yang terperangkap dalam mesin masa ini? 😛

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Related

378
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW E30, BMW M3 E30, BMW M3 Sport Evolution, BMW M3 Sport Evolution (1990), kereta rare, Kereta Sport, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my