• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia K9 2024 Korea Selatan, Sedan Besar Lebih 5.1M, 3.3L Turbo dan 3.8L N/A

Kia K9 2024 Korea Selatan, Sedan Besar Lebih 5.1M, 3.3L Turbo dan 3.8L N/A

July 27, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

PENGGUNA tempatan sudah biasa dengan sedan Kia seperti Forte, Cerato dan Optima (K5). Di sebalik tiga sedan tersebut, ada sebuah lagi iaitu K9 dengan panjang melebihi lima meter!

K9 bukan model baharu, generasi pertama yang dikenali sebagai K900 dan Quoris dikeluarkan dari 2012 sehingga generasi kedua muncul pada 2018 dan ditawarkan sampai sekarang.

Terbaru Kia melancarkan K9 2024 untuk pasaran Korea dengan beberapa naik taraf pada bahagian luar dan dalam.

Secara terperinci, K9 berukuran panjang 5,140 milimeter (mm), lebar 1,915 mm, tinggi 1,490 mm dan jarak roda 3,105 mm.

Model 2024 menampilkan jeriji dengan corak melintang baharu dan rim 19 inci warna gelap.

Corak jeriji sebelum ini seperti anak panah ke bawah dan yang terbaru nampak kemas ibarat jalinan tikar mengkuang.

Lampu dan jeriji K9 telah ditukar pada 2021 dan menampakkan imej yang lebih moden dan sofistikated.

Bahagian dalam dilengkapi terminal USB Type-C dan terdapat lima warna termasuk pilihan baharu Martian Brown dan Misty Gray.

Selain itu, kerusi penumpang Ergo motion (standard untuk K9 VIP Collection dan Best Selection Ⅱ) digunakan buat kali pertama pada model Kia.

Kerusi penumpang dengan fungsi memori dijadikan kelengkapan standard untuk varian K9 Masters dan ke atas.

Menggerakkan K9 ialah dua pilihan enjin iaitu 3.3 liter V6 Turbo GDI yang menghasilkan 370 ps pada 6,000 rpm dan tork 510Nm dari 1,300 sehingga 4,500 rpm.

Satu lagi pilihan enjin 3.8 liter V6 GDI yang berkuasa 315 ps pada 6,000 rpm dan tork 441Nm pada 5,000 rpm.

Kedua-dua jenis enjin dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pilihan pacuan roda belakang atau semua roda.

Varian dan harga Kia K9 2024:

Kia K9 3.8 liter V6 GDI Lambda II

  • Platinum: KRW59.33 juta (RM208,300)
  • Best Selection I: KRW66.65 juta (RM233,318)
  • Masters: KRW73.95 juta (RM)259,445
  • Best Selection II: KRW 82.1 juta (RM288,063)

Kia K9 3.3 liter V6 T-GDI Lambda II

  • Platinum: KRW65.88 juta (RM231,381)
  • Best Selection I: KRW72.410 juta (RM254,016)
  • Masters: KRW78.7 juta (RM276,081)
  • Best Selection II: KRW86.85 juta (RM304,547)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kia, Kia K9

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my