• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maruti Suzuki Dzire (2018) - 'Swift Sedan' Ini Bakal Jadi Kegilaan India

Maruti Suzuki Dzire (2018) - 'Swift Sedan' Ini Bakal Jadi Kegilaan India

April 27, 2017 By Han Othman 3 Comments

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARUTI Suzuki Dzire (2018) baru saja dilancarkan di India sebagai sedan kompak baharu negara itu. Dibina berasaskan arkitektur Swift terbaru, Dzire kini muncul lebih kuat dan tegap berbanding model terdahulu menerusi penambahbaikan casis dan beberapa pengubahsuaian penting lain.

Dzire menawarkan dua varian enjin, 1.3L diesel berkuasa 73hp dan 1.2L petrol berkuasa 83hp. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi manual dan automatik 5-kelajuan. Antara perubahan signifikan ialah tahap kecekapan bahan api hasil daripada berat keseluruhan kereta yang diringankan.

Maruti Suzuki menumpukan kepada usaha menaik taraf dalaman sedan ini untuk memberikan lebih pengalaman premium kepada pembeli. Penambahan ketara ialah pengenalan sistem infotainment skrin sentuh di tengah papan pemuka dan kemasan kayu untuk varian paling premium.

Selain itu, Maruti Suzuki Dzire (2018) turut memperkenalkan rekabentuk flat di bahagian bawah roda stereng dan  saiz pilar-A yang dilangsingkan untuk memberikan lebih kejelasan ketika memandu. Pengeluaran kereta baharu ini dibuat di kilang syarikat itu di Manesar. Setakat ini tiada pendedahan tentang harga, tetapi dijangka dijual lebih mahal AS$1,000 (RM4,347) berbanding model sedia ada.

Populariti Maruti Suzuki di India bolehlah diibaratkan Perodua di Malaysia, di mana setakat Februari tahun ini, pengeluar tersebut menguasai 51 peratus jualan kenderaan penumpang di negara Asia Selatan itu.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

 

Related

204
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: India, Maruti Suzuki, Maruti Suzuki Dzire (2018), Roda4, Sedan, Suzuki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my