• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter SYM Maxsym TL 508 (2024) Lancar Mei Ini, Harga Mula RM46.8k!

Skuter SYM Maxsym TL 508 (2024) Lancar Mei Ini, Harga Mula RM46.8k!

April 2, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MFORCE Bike Holdings (MForce Bike) akan menawarkan skuter maxi SYM Maxsym TL 508 edisi 2024 bermula minggu pertama Mei ini, harga asas bermula serendah RM46,888 tanpa insurans dan cukai jalan.

Maxsym TL 508 versi pemasangan (CKD) menerima kapasiti enjin lebih tinggi iaitu 508cc berbanding Maxsym TL500 (465cc) edisi 2020. Pilihan warna Maxsym TL 508 ada tiga iaitu Indigo Blue (biru), Storm Grey (kelabu) dan Jet Black (hitam).

Berikut ialah perinciannya:

  • Trenkuasa jenis 4-lejang dwi-silinder sebaris 508cc DOHC dengan sistem sejukan cecair adn suntikan bahan api (FI), menawarkan kuasa 45hp @ 6,750rpm dan tork 49.9Nm @ 5,250rpm.
  • Sistem transmisi CVT automatik dan menggunakan pacuan jenis rantai.
  • Fork depan jenis teleskopik dipadankan dengan absober tunggal di belakang.
  • Sistem brek cakera berkembar 275mm dengan kaliper 4-piston untuk roda depan, cakera tunggal 275mm (belakang). Ada teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Rim aloi 15 inci dengan padanan tayar 120/70 (depan) dan 160/70 (belakang). Turut dilengkapi teknologi Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Dimensi panjang 2,215mm, lebar 801mm, tinggi 1,468mm. Ketinggian pelana 795mm dan jarak bumi 145mm.
  • Berat skuter 227kg dan didatangkan dengan tangki minyak berkapasiti 12.5 liter.
  • Sistem pencahayaan LED penuh dan menggunakan instrumen meter TFT digital berwarna. Visor angin boleh laras.
  • Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) dan dilengkapi butang berasingan untuk membuka pelana.
  • Waranti Maxsym TL508 ialah dua tahun tanpa had perbatuan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: MForce Bike Holdings (MForce)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my