MFORCE Bike Holdings (MForce) memperkenalkan skuter adventure SYM Husky ADV 150 (2024) versi pemasangan tempatan (CKD) dengan dua varian pilihan ke pasaran tempatan.
Varian Standard ditawarkan pada harga permulaan RM9,998 manakala varian Special Edition pula boleh dimiliki dengan tag harga asas RM10,298. Perlu diingatkan, harga itu tidak termasuk pendaftaran dan insurans.
Secara amnya, skuter adventure itu didatangkan dengan empat warna pilihan dengan masing-masing dua mengikut varian:
Standard
- Ebony Black (hitam)
- Pure White (putih)
Special Edition
- Matte Green (hijau kusam)
- Wolf Grey (kelabu kilat)
Berikut ialah perincian SYM Husky ADV 150:
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 150cc 4-injap SOHC dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan kuasa 14.5hp pada 7,000rpm dan tork 14.5Nm @ 6,000rpm.
- Sistem transmisi jenis CVT automatik.
- Sistem pencahayaan LED penuh termasuk lampu depan, brek dan lampu signal belok.
- Instrumen meter jenis TFT berwarna 5 inci. Ada soket USB dan sistem kunci keyless.
- Suspensi depan jenis fork teleskopik (depan) dengan absober monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda, depan berukuran 260mm dan belakang 223mm. Turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Teknologi Kawalan Cengkaman (TCS).
- Rim aloi 13 inci dengan tayar depan 120/70, belakang 130/70.
- Ruang simpanan barang bawah pelana seluas 22 liter.
- Tangki minyak seluas 15 liter dan berat kasar skuter ialah 153kg. Jarak bumi pula 112mm. Ketinggian pelana 785mm.
Leave a Reply