• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Thailand dan Australia, Giliran New Zealand Pula Dapat Honda Civic Hathcback!

Selepas Thailand dan Australia, Giliran New Zealand Pula Dapat Honda Civic Hathcback!

April 29, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


NAMPAKNYA Honda Civic Hatchback memang suka pusing keliling. Pertama kali dibawa masuk ke Asia adalah menerusi Thailand, disusuli Australia dan paling terbaru, New Zealand (NZ) pula. Pengurus Besar Pemasaran Honda NZ, Nadine Bell berkata, kehadiran Honda Civic Sedan pun sudah sedia menguasai 41 peratus pasaran segmen persendirian di NZ, apatah lagi kemunculan versi hatchback yang pastinya memberikan lebih pilihan kepada pelanggan.

Apakah respon peminat Civic Malaysia? Pedih ulu hati, tangis dalam gembira atau pandang hujung anak mata sahaja atau mahu buat petisyen kepada Honda Malaysia? Seperti Civic Sedan, model hatchback di NZ akan dilengkapi enjin 1.5L VTEC Turbo yang khabarnya menawarkan penjimatan bahan api seperti Honda Jazz, tetapi berprestasi tinggi seperti Honda Accord. Turut sama ditawarkan ialah enjin 1.8L i-VTEC, di mana kedua-dua varian enjin itu dipadankan dengan transmisi pembolehubah berterusan (CVT) Earth Dreams.

ADA VERSI RS


Civic Hatchback juga dilengkapi Bantuan Pengendalian Tangkas Honda (Honda Agile Handling Assist) yang dapat meningkatkan tahap responsif kenderaan dan kestabilan, sekali gus memberikan pemanduan menyeronokkan dan juga selamat. Teknologi pemvektoran brek dimiliki juga ada pada model mewah Honda seperti Acura.

Varian Civic RS Sport Turbo Hatch pula menawarkan spesifikasi tinggi seperti RS Sedan. Istimewanya, model ini tampil dengan dua muncung ekzos di tengah bampar belakang! Sebagai makluman Civic Type-R ada tiga muncung! Selain itu, RS Sport Hatch turut didatangkan dengan kit badan warna Piano Black (hitam), terdiri daripada lid bampar depan dan belakang, skirt sisi, dan hendal pintu.

Honda Civic Hatch akan mula dijual di NZ bermula 17 Jun depan.

GALERI

honda-civic-hatch-nz-3
honda-civic-hatch-nz-1
Honda Civic RS Sport Turbo Hatch 2017.03
honda-civic-hatch-nz-4
Honda Civic RS Sport Turbo Hatch 2017.02
honda-civic-hatch-nz-5
honda-civic-hatch-nz-2
Honda Civic RS Sport Turbo Hatch 2017.01

SUMBER: Honda NZ

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Hatchback, Honda Civic RS Sport Turbo Hatch, Honda New Zealand, New Zealand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev