AIR India memecat seorang juruterbang kerana didapati membuat penerbangan di bawah pengaruh alkohol. Perkara itu terdedah selepas individu itu menjalani ujian alkohol selepas menyempurnakan penerbangan dari Phuket, Thailand ke Delhi, India.
Kapten itu, yang membuat penerbangan Phuket-Delhi minggu lalu, menjalani ujian pernafasan BA (breathalyser) sebaik saja tiba di Delhi, India. Malah Air India dilaporkan akan membuat laporan maklumat awal terhadap juruterbang berkenaan.
Sumber menyatakan;
Pada ketika kenyataan rasmi Air India belum dikeluarkan, sumber dalaman syarikat penerbangan itu menyatakan pendirian sifar toleransi terhadap salah laku sebegitu.
"Kami sudah mengambil tindakan keras, bukan hanya menamatkan perkhidmatannya tetapi juga ada perancangan memfailkan FIR mengendalikan satu penerbangan di bawah pengaruh alkohol adalah perbuatan jenayah. Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) sudah dimaklumkan."
Menurut Times of India, ujian pascapenerbangan kerap dilakukan ke atas kru, terutama penerbangan antarabangsa yang mana alkohol lazimnya dihidangkan.
Bagi penerbangan domestik, ujian BA cuma dilakukan sebelum penerbangan kerana minuman alkohol tidak disediakan atau dijual untuk penerbangan dalam India.
SUMBER: TheThaiger | ToI
Mahadi Saran says
Membuat penerbangan❌
Melakukan penerbangan✔
membuat laporan❌
memberi laporan✔