• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Shell Helix Baharu Lebih Perlindungan

BERITA AUTO: Shell Helix Baharu Lebih Perlindungan

April 10, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

D14U7544

SHELL Lubricants Malaysia memperkenalkan produk minyak pelincir baharu, Shell Helix Ultra pada harga RM225. Minyak pelincir enjin itu menggabungkan Teknologi Shell Pure Plus dengan Teknologi Pembersihan Aktif bagi memberikan tahap perlindungan lebih tinggi daripada enapan enjin dan perlindungan daripada mendapan.

Menurut Pengurus Besar Kelompok Asia Tenggara Shell Lubricants, Troy Chapman, Shell Helix Ultra adalah minyak enjin Shell tercanggih dan sebahagian daripada rangkaian produk Shell yang lebih pintar.

“Produk berkenaan bukan saja menepati spesifikasi industri moden, malah turut mendapat kelulusan daripada pengeluar kenderaan dan enjin terkenal dari seluruh dunia.

“Selain menjamin kebersihan enjin, produk baharu ini juga memberi perlindungan daripada kehausan dan kakisan yang boleh memanjangkan hayat enjin selain dapat mengurangkan kos penyelenggaraan,” katanya.

Berbanding produk terdahulu, minyak pelincir Shell Helix baharu ini didatangkan dengan label yang direka semula untuk menjadikan ia lebih mudah dikenali. Maklumat seperti gred kelikatan yang lebih jelas membolehkan pengguna mudah mengenal pasti jenis minyak pelincir selain ia memaparkan kod QR yang menyokong dengan pelbagai maklumat berkaitan produk berkenaan.

D14U7550

Sementara itu, Shell Lubricants turut melancarkan promosi global 2014 ‘The Ultimate Ferrari Experience’ Shell Helix. Peraduan yang dibahagikan kepada dua peringkat itu akan bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2014 dan terbuka kepada pelanggan yang membeli pek 4L Shell Helix Ultra atau mana-mana rangkaian HX7.

Peringkat pertama, 10 pemenang hadiah pertama akan menerima wang tunai RM1,500 setiap seorang. Bagi tempat kedua pula, 10 pemenang bakal menerima wang tunai RM1000 manakala 10 pemenang tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai RM500 setiap seorang.

Lebih menarik, 10 pemenang hadiah pertama bakal berentap dalam cabaran go-kart bagi merebut hadiah utama. Lima pemenang hadiah utama akan diterbangkan ke Spa-Francorchamps, Belgium dalam percutian 5 hari 4 malam dan berpeluang menyaksikan Grand Prix Formula Satu Belgium 2014. Kesemua perbelanjaan adalah ditanggung sepenuhnya.

Layari maklumat lanjut berkaitan produk dan promosi global Shell Helix di laman www.shell.com.my.

New enhanced Shell Helix product range

 

SENARAI HARGA SHELL HELIXSemenanjung MalaysiaSabah / Sarawak
Minyak PelincirHarga (RM)
Helix Ultra 5W-40  4L225.00226.00
HelixHX7 10W-40  4L119.00120.00
Helix HX7 5W-30   4L125.00126.00
HelixHX5 15W-40  4L86.0087.00
HelixHX5 10W-30  3L66.0066.90
Helix HX3  20W-50 4L66.0067.00

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Minyak Pelincir, Shell Helix, Shell Helix HX7, Shell Lubricants, Shell Malaysia, Teknologi Shell PurePlus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev