• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Video: Lelaki Guna Parang Libas Cermin Depan Ambulans Milik KKM

#Video: Lelaki Guna Parang Libas Cermin Depan Ambulans Milik KKM

March 27, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan seorang lelaki selepas disyaki memukul dan memecahkan cermin depan sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) dengan menggunakan parang kelmarin (25 Mac 2024).

Suspek berumur 43 tahun itu melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah bengkel baik pulih penyaman udara kenderaan di Jalan Hua Kiew di Sibu, Sarawak kira-kira jam 12 tengah hari.

Pemilik bengkel membuat laporan polis kira-kira 20 minit kemudian. Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu memberkas suspek pada jam 2 petang.

Polis merampas sebilah kerambit daripada tangan suspek dan pemeriksaan menemui parang di dalam kenderaan dipandu lelaki berkenaan.

Ujian saringan awal air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Punca serangan masih dalam siasatan polis. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

SUMBER: Bernama | Polis IPD Sibu

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amuk Parang Libas Ambulans, autoterkini, Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Sibu, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev