XIAOMI mendedahkan kenderaan eletrik (EV) pertama jenama itu yang dijangka menjadi daya tarik baharu peminat EV dunia dengan harga sekitar 500,000 yuan (RM328,723).
Xiaomi kini giat membuat persediaan membuka tempahan model EV itu, minggu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xiaomi, Lei Jun berkata, Xiaomi akan mengumumkan harga rasmi Speed Ultra 7 (SU7) dan bersedia menerima tempahan bermula Khamis ini.
Sejak membuat pendedahan Disember lalu, Xiaomi mensasarkan menjadi lima pengeluar EV terbaik dunia. Malah syarikat teknologi itu mendakwa menggunakan teknologi yang mampu memberikan pecutan terbaik berbanding Tesla atau EV lain.
Sejak semalam, 76 outlet Xiaomi di bandar-bandar utama China sudah dipenuhi bakal pembeli dan wartawan automotif untuk menyaksikan kemunculan EV. Malah, Aplikasi Xiaomi Car juga sudah dimuat naik Xiaomi ke platform aplikasi di China.
SU7 hadir dalam dua varian berdasarkan jarak pemanduan, iaitu 668km sekali cas dan 800km sekali cas. Sebagai makluman, Tesla Model S memberikan jarak pemanduan 650km sekali cas.
Leave a Reply