• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas

Mahu Servis Motosikal, Hubungi Saja Mobile Service Modenas

April 25, 2017 By Abang GYL 4 Comments

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

mobile service modenasBUAT pertama kali, Modenas memperkenalkan perkhidmatan Mobile Service khusus untuk pemilik motosikal jenama berkenaan di seluruh negara.

Menerusi Mobile Service, pemilik Modenas tidak lagi perlu ke pusat servis rasmi untuk menyenggara motosikal mereka.

Hanya dengan membuat temu janji, tim Mobile Service Modenas memberikan perkhidmatan pintu ke pintu dengan caj kompetitif. Bantuan kerosakan turut diberikan kepada pemilik Modenas yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir berkata, perkhidmatan Mobile Service adalah untuk memberi sokongan dan perkhidmatan nilai tambah kepada pemilik motosikal.

“ Sebagai permulaan Mobile Service akan meliputi jarak lingkungan 30km dari lima buah pusat servis rasmi Modenas di seluruh negara.

“ Perkhidmatan ini akan beroperasi lima hari seminggu bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Selain melakukan servis, perkhidmatan ini turut menyediakan pertukaran alat ganti,” katanya.

BACA >>> Modenas Bakal Lancar 2 Model Rebadge Bajaj - Harga Bermula RM9,100?

BACA >>> Modenas Kembali 'Ganas', Lancar 3 Skuter - Modenas Karisma, Elegan & Kymco Downtown

mobile service modenasBAGAIMANA MAHU BUAT TEMU JANJI

  • Hubungi 1-800-880-181
  • Setiap perkhidmatan Mobile Service akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10 dan tidak termasuk dengan caj alat ganti perlu ditukar jika motosikal mengalami kerosakan.
  • Semua pembayaran dilakukan secara tunai dan sebarang penggantian alat ganti perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat servis Modenas Shah Alam (03 – 7848 3776), Johor Bahru (07– 236 1695), Ipoh (05– 249 8963), Gurun (04– 466 8236) dan Kuantan (09– 512 3380) atau talian khidmat pelanggan di 1– 800–880-181.

BACA >>> Inilah Motosikal Rakyat, Modenas Kriss MR2 - Harga RM3,890

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Amirudin Abd Kadir, Mobile Service, Mobile Service modenas, Modenas, pemilik modenas

Comments

  1. Farah says

    September 18, 2018 at 6:42 PM

    Hi . Perkhidmatan mobile servis ni cover area puncak alam tak?

    Reply
  2. Anuwar says

    October 15, 2018 at 9:50 AM

    Nak tanya bengkel servis modenas v15,pulsar di k. Trg

    Reply
  3. ELANGO A/L SUBRAMANIAM says

    November 28, 2018 at 8:33 AM

    Salam Sejahtera. Servis Mobile Modenas untuk Modenas V15, ada tak meliputi kawasan Bandar Botanik, Klang? Kalau ada, berapa kos servis pertama?

    Reply
  4. Michael Randi says

    August 13, 2020 at 2:10 PM

    saya tengah mencari Swing arm belakang untuk modenas CT100 . jika ada , tolong beri maklum balas . saya di sarawak ..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my