AEROTRAIN Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadual kembali beroperasi akhir tahun ini atau Mac 2025.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penjadualan operasi aerotrain mengambil kira kesediaan kontrak dilantik daripada aspek teknikal dan insfastruktur.
Skop penggantian aerotrain di KLIA 1 melibatkan pelbagai aspek seperti sistem penggerak penumpang automasi (APM) melibatkan kenderaan, isyarat dan rel kuasa."
"Insfrastruktur dan sistem lain yang diperlukan untuk pengubahsuaian, pemulihan, penggantian bagi menampung APM baru melibatkan Track 1, 2, 3, penyelenggaraan, penyimpanan dan kemudahan depot, serta sistem agihan kuasa dan komunikasi."
Pelan penggantian aerotrain di KLIA Track 1 sudah bermula sejak 14 Mac 2022, melibatkan kerjasama antara syarikat Alstom dan China Railway Construction Corporation Limited (CCRC).
Sejak kerja penggantian dilaksana, orang ramai perlu menggunakan bas sementara untuk ke terminal menaiki pesawat.
Loke meminta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyelesaikan isu kontrak dengan pihak kontraktor dan mahu projek itu disiapkan segera bagi menangani kesukaran dihadapi penumpang di KLIA.
SUMBER: BeritaHarian
Leave a Reply